Utusan Borneo (Sabah)

Gobind arah RTM sedia laporan berhubung dakwaan sabotaj menteri

-

GEORGE TOWN: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyediaka­n laporan berhubung dakwaan stesen penyiaran kerajaan itu cuba mensabotaj seorang menteri.

Menurutnya, beliau ambil maklum berhubung perkara itu dan menunggu laporan daripada RTM untuk tindakan selanjutny­a.

“Ia diutarakan malam tadi, saya telah melihatnya awal pagi ini. Saya telah meminta RTM memberi laporan kepada saya mengenainy­a dan sudah semestinya sebaik mendapat laporan itu saya akan lakukan apa yang patut,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n percubaan pertama pasaran Terragraf di Asia, di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang pembantu menteri yang mendakwa kemungkina­n RTM cuba mensabotaj bosnya.

Kenyataan itu dibuat pembantu kepada Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook, Lim Swee Kuan, yang mempersoal­kan tindakan RTM kerana tidak menyiarkan laporan mengenai menteri itu pada liputan secara langsung sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Dataran Centrio, Seremban malam Ahad.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa menteri yang lain.

Ditanya sama ada menjadi kewajipan kepada R T M untuk menerbit atau menyiarkan sebarang ucapan oleh seseorang menteri, Gobind berkata ia adalah liputan secara langsung.

“Ia bukan mengenai cetak, ia mengenai liputan langsung. Inilah sebabnya saya meminta R T M untuk memberitah­u saya terutamany­a apabila terdapat permintaan untuk mereka buat liputan acara, apakah syarat dan prosidur standard operasi. Saya berpendapa­t ini antara perkara yang perlu saya lihat sebelum saya komen mengenainy­a,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia