Utusan Borneo (Sabah)

Nilai prestasi kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang lama dikuasai PH

-

SEMENYIH: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu 2 Mac nanti, perlu melihat kepada prestasi pentadbira­n Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang bagi menilai kemampuan Pakatan Harapan (PH) melaksanak­an usaha pembanguna­n di sesuatu kawasan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Amirudin Shari berkata pentadbira­n dan pengurusan ekonomi dua kerajaan negeri yang telah lama dikuasai oleh PH, yang sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat, jauh lebih baik jika dibandingk­an dengan negeri-negeri lain yang berada di bawah pentadbira­n Barisan Nasional (BN).

“Nak nilai prestasi PH kita jangan tengok pada prestasi kerajaan pusat kerana kita baru sembilan bulan berkuasa, pengundi perlu lihat kepada pentadbira­n Selangor dan Pulau Pinang.

Walaupun dahulu kita diserang dengan pelbagai isu tetapi kita tetap menjadi negeri yang terbaik, seperti contoh kadar pembanguna­n ekonomi bagi Selangor pada 2017 adalah 7.1 peratus, lebih tinggi dari pembanguna­n ekonomi kerajaan pusat pada 5.9 peratus,” katanya pada majlis santai bersama penduduk Apartment Baiduri Bandar Tasik Kesuma di sini, Isnin.

Turut hadir calon PH bagi PRK berkenaan, Muhammad Aiman Zainali.

Dalam ucapannya juga, Amirudin berharap pengundi Semenyih dapat mengekalka­n kawasan berkenaan di bawah PH kerana ia bakal memberi pelbagai kemudahan kepada mereka.

“Muhammad Aiman jika dipilih dia bila-bila masa boleh datang ke pejabat saya, pejabat Exco malah ke pejabat menteri-menteri jika ingin mengadu masalah yang dihadapi oleh masyarakat di sini, berbeza wakil parti yang lain jika mereka dipilih.

Bukan saya tidak mahu jumpa tetapi mereka mungkin malu untuk meminta tolong,” katanya.

PRK DUN Semenyih menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara Muhammad Aiman, Zakaria Hanafi daripada BN, calon Bebas Kuan Chee Heng dan Nik Aziz Afiq Abdul daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

PRK DUN Semenyih adalah PRK keenam diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14), dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 Sept), Parlimen Port Dickson (13 Okt) dan Parlimen Cameron Highlands (26 Jan).

Ia diadakan berikutan kematian penyandang­nya, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung. Allahyarha­m bertanding di bawah tiket Bersatu mewakili PH dalam PRU14. - Bernama

 ??  ?? CALON Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali (kanan) beramah mesra bersama penduduk ketika menghadiri Program Santai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Semenyih di Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma, Isnin.
CALON Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali (kanan) beramah mesra bersama penduduk ketika menghadiri Program Santai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Semenyih di Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia