Utusan Borneo (Sabah)

Permohonan biasiswa Yang di-Pertuan Agong dibuka: JPA

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 12 biasiswa ditawarkan menerusi Biasiswa Yang diPertuan Agong sesi pengajian 2019/2020 yang kini dibuka untuk permohonan sehingga 15 Mac ini.

Dalam kenyataann­ya pada Isnin, Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) berkata biasiswa yang masing-masing enam untuk peringkat sarjana dan doktor falsafah tersebut adalah bagi calon dalam bidang pengajian sains dan teknologi, ekonomi, undang-undang dan kewangan Islam.

Pemohon boleh mengisi borang dalam talian menerusi http://esilav2.jpa.gov. my dan tarikh akhir bagi mengemukak­an permohonan ialah pada 15 Mac, demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, biasiswa terbuka kepada warga Malaysia berusia tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian dengan keutamaan kepada mereka yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf di peringkat sarjana muda atau sarjana.

Keutamaan juga diberikan kepada calon yang mempunyai keupayaan luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa, kebolehan istimewa, aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan atau menghasilk­an kerjakerja kreatif dan inovatif serta telah mendapat tawaran atau memulakan pengajian di universiti penyelidik­an tempatan atau universiti terkemuka di dunia, katanya.

“Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga,” demikian menurut kenyataan itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia