Utusan Borneo (Sabah)

Kemboja: Ada perkara yang tidak boleh didedahkan

-

KUCHING: Berhubung dakwaan kemungkina­n kes penipuan 47 warga Malaysia yang ditangkap dan ditahan di Kemboja didalangi rakyat tempatan, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ada perkara yang pihaknya tahu, tetapi tidak boleh dedahkan kepada umum.

“Biarkan pihak berkuasa yang menguruska­n isu terbabit. Setiap 47 mangsa berkenaan mempunyai kisah mereka yang tersendiri,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui selepas melawat Muzium Ranee, di sini, Isnin.

Pada Ahad, Fatimah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching dengan menaiki pesawat sewa khas JC Internatio­nal Airlines, dari Siem Reap, Kemboja, bersama 40 lagi bekas tahanan dari Sarawak menegaskan misi mereka ialah untuk membawa mangsa pulang dan tugasnya sudah selesai dan kini terpulang kepada agensi lain untuk meneruskan apa yang perlu dilakukan.

Fatimah bersama Anggota Parlimen Santubong yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar adalah wakil delegasi kerajaan Sarawak yang dihantar ke Kemboja bagi membuat rundingan pembebasan kesemua tahanan itu.

47 rakyat Malaysia terbabit ditangkap pada 11 Dis lalu kerana disyaki terbabit dalam pengendali­an judi haram di negara berkenaan dan ditahan di penjara Poi Pet, Kemboja sebelum dibebaskan semalam.

Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.

Sementara itu, Fatimah juga menasihati kepada semua mangsa dari Sarawak yang terlibat itu untuk mendapatka­n latihan kemahiran di Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (Centexs) sekiranya sukar untuk mendapatka­n pekerjaan di sini.

“Latihan kemahiran di sini (Centexs) tidak melihat dari segi kelayakan apa yang seseorang itu miliki. Apa yang penting ialah mereka hanya perlu pandai membaca dan menulis.

“Seterusnya mereka hanya perlu memohon kursus yang bersesuaia­n dengan minat mereka. Selepas menjalani latihan, sudah pasti mereka mampu untuk mencari kerja dengan kebolehan dan kemahiran yang mereka miliki,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia