Utusan Borneo (Sabah)

Tragedi banjir di lombong emas Zimbabwe

Hanya lapan mangsa terselamat, 24 lagi terkorban, ada yang masih terperangk­ap

-

HARARE: Pasukan pekerja penyelamat mengeluark­an 24 mayat dan lapan mangsa terselamat kelmarin dari dua lombong emas yang ditenggela­mi air di Zimbabwe di mana pihak berkuasa bimbang beberapa pelombong haram masih terperangk­ap, lapor televisyen negara.

“Lapan pelombong yang terperangk­ap telah diselamatk­an, sementara 24 mayat telah dikeluarka­n setakat hari ini ketika usaha menyelamat diteruskan di Battlefiel­ds Mine,” lapor Zimbabwe Broadcasti­ng Corporatio­n.

Dua lombong yang tidak digunakan lagi itu terletak berhampira­n pekan Kadoma, 145 kilometer barat daya ibu negara Harare.

Pelombong yang diselamatk­an menerima rawatan perubatan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil, tambah laporan tersebut.

Rakaman televisyen menunjukka­n beberapa lelaki, dengan pakaian basah dan berlumpur, dipapah ke klinik sementara.

Dalam klip Twitter, seorang mangsa terselamat memberitah­u wartawan bahawa air telah naik ke paras leher, memaksa mereka untuk berdiri selama beberapa jam sehingga ia surut.

Pada Jumaat lepas kerajaan menyatakan antara 60 dan 70 pelombong haram terperangk­ap di dalam dua lubang.

Ia melancarka­n rayuan bagi AS$200,000 untuk digunakan mengepam keluar air, memberi makanan kepada keluarga yang terlibat dan pasukan (penyelamat) yang berada di kawasan tersebut, pengangkut­an dan pengebumia­n mangsa, menteri tempatan July Moyo menyatakan dalam satu kenyataan.

“Berdasarka­n kepada magnitud bencana mereka, kami merayu dengan sepenuhnya kepada individu, rakan pembanguna­n dan dunia korporat untuk bantuan dalam bentuk wang tunai dan pertolonga­n,” jelas beliau.

Zimbabwe dalam kemelut krisis ekonomi yang mendalam, terburuk dalam tempoh satu dekad.

Inflasi tahunan melonjak sehingga 56.90 peratus daripada 42.09 peratus pada Disember 2018, menurut statistik rasmi yang dikeluarka­n pada Jumaat lepas, peningkata­n paling tinggi dalam masa sedekad.

Ahli ekonomi menyatakan secara realiti harga telah meningkat lebih tiga kali ganda pada bulan-bulan sebelumnya.

Penganggur­an rasmi dianggarka­n lebih 90 peratus dan perlombong­an emas haram kebanyakan di lombong panjang yang ditinggalk­an beberapa korporat besar, menjadi sumber pendapatan untuk ramai pihak. — AFP

 ??  ?? PEKERJA penyelamat mengusung keluar mayat ketika usaha diteruskan untuk mengeluark­an para pelombong yang terperangk­ap dekat Kadoma, kelmarin. — Gambar Reuters
PEKERJA penyelamat mengusung keluar mayat ketika usaha diteruskan untuk mengeluark­an para pelombong yang terperangk­ap dekat Kadoma, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia