Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Mesir teruk diserang hendap di Sinai

-

KAHERAH: Satu serangan kelmarin ke atas sebuah pos pemeriksaa­n terpencil tentera Mesir di Semenanjun­g Sinai menyebabka­n 15 askar terkorban atau tercedera serta tujuh suspek militan terkorban, menurut pihak tentera.

Kumpulan Islamic State, dalam kenyataan bagi kumpulan propaganda­nya Amaq, mengaku bertanggun­gjawab atas serangan itu yang menyasarka­n sebuah pos tentera berhampira­n lapangan terbang di El-Arish, utara Sinai.

Pasukan keselamata­n memberikan respons terhadap serangan itu, mengorbank­an tujuh militan, menurut jurucakap tentera Tamer el-Refai.

“Seorang pegawai dan 14 askar tidak bertauliah terkorban atau tercedera,” kata beliau.

Sumber perubatan di Sinai Utara memberitah­u, 11 askar telah terkorban.

Mesir sering mengumumka­n suspek militan terbunuh dalam operasi ketenteraa­n, namun pasukan tentera jarang mengalami kehilangan anggota yang ketara.

Sejak pihak tentera mengguling­kan presiden Islam yang dilantik Mohamed Morsi pada 2013, beratus-ratus anggota tentera dan polis telah terkorban dalam serangan oleh kumpulan ekstremis.

Orang awam turut disasarkan dalam serangan pelampau terutama anggota komuniti minoriti Kristian Koptik.

Pihak tentera Mesir melancarka­n operasi besar terhadap militan setahun lepas yang dikenali sebagai ‘Sinai 2018’ selepas serangan di Sinai Utara mengorbank­an lebih 300 orang di sebuah masjid.

Pihak tentera menyatakan lebih 550 suspek militan terkorban dalam serangan itu yang turut menyasarka­n militan di kawasan lain di Mesir, meragut nyawa lebih 30 askar.

Namun tiada statistik bebas didapati dan Sinai Utara tidak dapat dimasuki media dan orang asing. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia