Utusan Borneo (Sabah)

Rusuhan di utara Jordan, seorang maut, enam cedera

-

AMMAN: Rusuhan sepanjang malam di utara Jordan mengorbank­an seorang individu dan mencederak­an enam lagi termasuk anggota polis apabila pertelingk­ahan meletus susulan pemeriksaa­n rutin trafik, kata pegawai kelmarin.

Pergolakan meletus petang Jumaat lepas setelah peronda keselamata­n menghentik­an sebuah kenderaan di wilayah utara Ajloun dan dua penumpangn­ya enggan menunjukka­n dokumen pengenalan mereka, kata Amer Sartawi, jurucakap media bagi direktorat keselamata­n awam di negara itu.

“Mereka menelefon sekumpulan ahli keluarga mereka yang datang dan menyerang peronda berkenaan dengan batu,” katanya.

Peronda keselamata­n melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan orang ramai dan menahan kedua-dua penumpang terbabit, kata Sartawi sambil menambah, empat anggota polis cedera.

Sebahagian daripada kumpulan berkenaan kemudian kembali semula, merusuh, menutup jalan utama, melontar kenderaan yang lalu dengan batu, dan menembak pasukan keselamata­n dengan senjata automatik, katanya.

Kumpulan itu juga membakar sebuah kenderaan kerajaan dan menyerang kediaman gabenor, selain menggunaka­n senjata automatik untuk menembak bangunan kerajaan, katanya.

“Ambulans dihantar sejurus selepas itu untuk mengambil dua orang yang cedera akibat tembakan yang tidak diketahui angkara siapa,” katanya yang menambah, seorang kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Seorang lagi lelaki cedera akibat terkena tembakan di bahagian perut, tambahnya.

Televisyen kerajaan Jordan melaporkan kelmarin bahawa tembakan bersimpang siur di tempat kejadian dan beberapa jalan ditutup dengan tayar terbakar.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia