Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan penunjuk perasaan ‘rai’ bulan ketiga protes ‘ves kuning’

-

PARIS: Puluhan ribu penunjuk perasaan ‘ves kuning’ membantah sambil berarak di sekitar Perancis kelmarin, tiga bulan sejak pergerakan itu bermula, dan dalam masa seminggu yang telah melihat kebimbanga­n pihak antarabang­sa berkembang bagi layanan polis terhadap penunjuk perasaan.

Menunjuk perasaan untuk hujung minggu ke14 berturuttu­rut, 41,500 orang muncul dari sekitar negara, menurut kementeria­n dalam negeri, menurun daripada 282,000 orang pada minggu awal tunjuk perasaan.

Satu kenyataan kementeria­n menyatakan 5,000 orang telah melakukan bantahan di Paris namun penganjur perarakan menyatakan jumlah adalah jauh lebih tinggi.

“Kami adalah 15,000 orang, itu bermakna pergerakan telah bertambah,” Jerome Rodrigues, salah seorang pegawai yang dikenali dalam pergerakan, memberitah­u AFP semasa perarakan di Paris.

Rodrigues, bersama dengan tiga orang lagi, telah menyaman polis selepas diserang di bahagian mata oleh sejenis alat pelancar yang menurut beliau telah dilepaskan dari Pelancar Bola Defensif (LED) milik polis.

Pada Khamis lepas, ahli majlis dalam Parlimen Eropah telah mengemukak­an satu resolusi mengecam penggunaan kekerasan yang tidak sepatutnya terhadap penunjuk perasaan, selepas satu perdebatan menggunaka­n penggunaan senjata kontrovers­i oleh pihak polis Perancis.

Pada hari yang sama. Sekumpulan pakar PBB mengecam apa yang mereka katakan sebagai penggunaan kekerasan yang tidak sepatutnya oleh pihak polis sebagai respon kepada penunjuk perasaan yang ganas.

Semasa bantahan kelmarin, satu kumpulan yang berada di pinggiran bagi perarakan Paris telah melaungkan kata-kata makian anti-semitik terhadap seorang intelektua­l Perancis yang terkenal, menurut kepada video di dalam rangkaian sosial.

Serangan, diarahkan terhadap ahli falsafah Alain Finkielkra­ut, 69, membawa kepada satu bantahan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron mengecam insiden tersebut.

Macron menyatakan ia sebagai “penyangkal­an sepenuhnya untuk diri kita dan apa yang membuatkan kita sebagai sebuah negara yang hebat. Kami tidak akan menerima keadaan itu.”

Rakaman video daripada seorang wartawan bebas menunjukka­n polis mengambil tindakan bagi melindungi Finkielkra­ut.

Ahli falsafah itu memberitah­u akhbar Perancis Journal du Dimanche bahawa beliau akan berasa bimbang bagi keselamata­nnya meminta pihak polis tidal campur tangan, sementara menambah bahawa tidak semua penunjuk perasaan yang bersikap menentang.

Semasa keadaan bantahan, orang ramai berarak menelusuri Champs-Elysees dan menyeberan­gi sungai Seine ke daerah Left Bank di Paris, sambil melaungkan slogan anti-polis.

Marion, seorang jururawat yang berarak di Paris, memberitah­u AFP bahawa perdebatan utama negara oleh Macron, siri mesyuarat dewan perbandara­n yang dilancarka­n pada Januari untuk cuba mendengar rungutan daripada pergerakan ves kuning, hanya satu gangguan.

“Kami tidak mempercaya­inya, kami tidak akan mengambil bahagian,” kata beliau.

Namun satu tinjauan terhadap 1,001 orang yang disiarkan oleh Elabe pada Rabu lepas mencadangk­an bagi kali pertama bahawa kebanyakan orang (56 peratus) mahukan protes itu berakhir, malah sekiranya majoriti (58 peratus) masih menyokong apa yang diperjuang­kan pergerakan tersebut.

Hujung minggu ini, para penunjuk perasaan di beberapa bahagian di negara ini telah kembali kepada satu taktik yang digunakan pada minggu awal protes, menawan beberapa bulatan utama bagi mengawal lalu lintas.

Di barat daya, Joelle, 58, yang bersama dengan kira-kira 30 orang lain telah menawan sebuah bulatan di luar bandar Toulouse menjelaska­n: “Kami kembali ke bulatan bagi mengelakka­n keganasan yang berlaku di sana (di pusat bandar.”

Toulouse, yang melihat sebahagian bantahan terbesar di luar ibu negara, juga menjadi kawasan pertempura­n di antara pihak polis dan penunjuk perasaan.

Ribuan orang berarak di sana semula kelmarin dan terdapat kehadiran yang ramai di bandar barat daya Bordeaux, kubu kuat lain pergerakan tersebut.

Terdapat perbalahan dan penahanan di beberapa bandar dan pihak polis di Paris telah menahan 15 daripada 26 orang yang ditangkap, namun keganasan kelihatan menurun daripada hujung minggu lepas.

Apa yang bermula pada tiga bulan lepas sebagai satu bantahan terhadap cukai minyak yang meningkat telah segera bertukar menjadi satu bantahan yang lebih luas terhadap cara kerajaan dan polisi oleh Macron.

Macron, di bawah tekanan daripada pergerakan untuk menarik balik cukai minyak yang naik pada Disember.

Namun beliau tidak tunduk kepada satu lagi tuntutan utama mereka supaya beliau mengembali­kan cukai kekayaan yang dimansuhka­nnya bagi menggalakk­an golongan kaya untuk tinggal dan melabur di Perancis. — AFP

 ??  ?? PENUNJUK perasaan ‘ves kuning’ bertelingk­ah dengan polis antirusuha­n dekat Invalides semasa demonstras­i oleh pergerakan itu di Paris, kelmarin. — Gambar Reuters
PENUNJUK perasaan ‘ves kuning’ bertelingk­ah dengan polis antirusuha­n dekat Invalides semasa demonstras­i oleh pergerakan itu di Paris, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia