Utusan Borneo (Sabah)

Pelancong Kanada diselamatk­an dari zon pergolakan Haiti

-

OTTAWA: Sekumpulan 131 pelancong Kanada kelmarin dipindahka­n menggunaka­n helikopter dari pusat peranginan tepi pantai di Haiti selepas terperangk­ap selama seminggu di kawasan tersebut akibat keganasan yang berlaku.

Pelancong tersebut telah dibawa secara berperingk­at ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Port-au-Prince, di mana mereka menaiki pesawat ke Kanada, menurut syarikat pelanconga­n Transat.

“Kami lega para pelancong ini dalam perjalanan pulang ke Kanada, namun kami masih bimbang mengenai situasi sukar sekarang di Haiti,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Transat Annick Guerard yang berlepas ke Haiti untuk mengiringi pulang para pelancong terbabit.

“Pesawat Airbus A310 Air Transat turut membawa pelanggan dari syarikat penerbanga­n lain dan penduduk Kanada yang ingin pulang ke rumah,” menurut Transat dalam satu kenyataan.

Seramai 38 lagi berada dalam pesawat, termasuk kakitangan Transat, jelas kenyataan itu.

Pesawat dijangkaka­n mendarat di Montreal pada jam 8.50 malam waktu tempatan.

“Satu-satunya cara sekarang adalah untuk keluar dengan menaiki helikopter kerana jalan raya tidak selamat,” pelawat Normand Rosa memberitah­u TV awam Radio-Canada.

Dalam kejadian berasingan, terdapat 25 pelajar sekolah tinggi dari beberapa sekolah di Quebec masih cuba untuk pulang ke tanah air dari Haiti.

Jumaat lepas, Kanada dengan secara rasminya memaklumka­n rakyatnya amaran perjalanan ke Haiti selepas penutupan sementara kedutaanny­a di Port-au-Prince.

Sejak 7 Februari, sekurangku­rangnya tujuh maut ketika Haiti berdepan krisis politik, dengan kehidupan seharian lumpuh akibat bantahan dan sekatan di bandar-bandar paling besar.

Penunjuk perasaan yang berang dengan inflasi yang meningkat dan salah guna dana Petrocarib­e berjumlah hampir AS$2 bilion dalam bentuk bantuan minyak Venezuela, menuntut peletakan jawatan Presiden Jovenel Moise.

Kanada salah satu penyumbang antarabang­sa terbesar di Haiti dan merupakan kediaman diaspora besar Haiti, kebanyakan­nya menetap di wilayah berbahasa Perancis Quebec. — AFP

 ??  ?? SEORANG penunjuk perasaan berjalan berhampira­n sekatan berapi semasa bertempur dengan polis di Port-au-Prince baru-baru ini pada hari kesembilan protes anti-Moise di Haiti. — Gambar AFP
SEORANG penunjuk perasaan berjalan berhampira­n sekatan berapi semasa bertempur dengan polis di Port-au-Prince baru-baru ini pada hari kesembilan protes anti-Moise di Haiti. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia