Utusan Borneo (Sabah)

Akta Perkhidmat­an Parlimen perlu diwujudkan semula: Senator

-

KUALA LUMPUR: Akta Perkhidmat­an Parlimen 1963 yang dimansuhka­n pada 1992 perlu dikembalik­an dalam usaha memperting­katkan kuasa autonomi Parlimen, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Reformasi Dewan Negara Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Katanya, akta itu penting kerana menjadi asas kepada agenda reformasi Dewan Negara yang menggarisk­an pengasinga­n kuasa antara Parlimen dan bidang kuasa lain.

“Melalui akta ini juga, aspek kewangan Parlimen dapat diurus sendiri secara bebas kerana Parlimen mengetahui kepentinga­n (perbelanja­an) yang diperlukan. Sekiranya akta ini diperkenal­kan semula, ia memberi asas kepada pengasinga­n kuasa yang baik seperti yang pernah diamalkan dahulu,” katanya pada sidang media sempena Sidang Meja Bulat Reformasi Dewan Negara di bangunan Parlimen, pada Isnin.

Perbincang­an untuk mewujudkan semula akta itu akan menjadi agenda penting dalam reformasi Dewan Negara.

Selain itu, Mohd Yusmadi berkata perbincang­an lain turut akan merangkumi aspek pemerkasaa­n Dewan Negara dan anggotanya, pemantapan tadbir urus Dewan Negara (PSA 1963), penambahba­ikan struktur institusi Dewan Negara dan penjenamaa­n semula institusi mengikut acuan tempatan.

Mohd Yusmadi berkata kesemua usul yang dibincangk­an akan dipanjangk­an kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, yang seterusnya akan mencadangk­an kepada kabinet.

Dalam pada itu, beliau turut menangkis persepsi negatif mengenai Dewan Negara yang dianggap sebagai‘ ru b b e r s ta m p’ yang akan meluluskan semua rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat.

“Bagi saya, setiap perbahasan dalam Dewan Negara dihujah dengan baik, masing-masing dengan pandangan yang bernas. I don’t want to subscribe to ‘rubber stamp’ (Saya tidak mahu dianggap‘ ru b b e r s ta m p ’), kami berbahas dengan jujur dan pokok pangkalnya adalah untuk kepentinga­n rakyat,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia