Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri cedera, rumah dihempap tembok penghadang

-

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri cedera selepas rumah mereka di Jalan Berembang, Kampung Rumah 10, Plentong, dekat sini, dihempap tembok penghadang, ketika hujan lebat pada Ahad.

Menurut anak sulung mangsa, Azhar Azizan, 47, kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku ketika hujan lebat dan ribut yang kuat menyebabka­n tembok yang berada di belakang rumahnya runtuh.

Katanya, insiden itu mengakibat­kan ayahnya Azizan Ibrahim, 73, patah bahu kiri manakala ibunya Rahmah Mohamad, 73, menerima enam jahitan di tumit kiri.

“Ketika kejadian, saya berada di luar rumah manakala mak dan ayah di dalam bilik sedang berehat.

“Saya jadi panik apabila secara tiba-tiba terdengar dentuman yang kuat. Apabila saya masuk ke dalam, tembok itu sudah runtuh ke rumah, air melimpah masuk dan meranapkan tiga bilik termasuk bilik mak dan ayah,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, pada Isnin.

Azhar berkata susulan kejadian itu, beliau membuat panggilan kecemasan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatka­n bantuan.

“Mak terima jahitan di klinik biasa manakala ayah yang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) sudah dibenarkan pulang pagi tadi,” katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata kejadian yang berlaku sekelip mata itu menyebabka­n kerugian hampir RM25,000 kerana terdapat pelbagai kerosakan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Tebrau Kamalrulza­man Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.23 petang.

“Kedua-dua mangsa dikeluarka­n orang awam sebelum bomba tiba bersama satu jentera beserta enam anggota. Kita juga memberikan rawatan awal kepada kedua-dua mangsa sebelum dihantar ke HSI untuk rawatan susulan,” katanya. -Bernama

 ??  ?? KEADAAN rumah yang dihempapte­mbokpengha­dang ketika hujan lebat pada Ahad. -Gambar Bernama
KEADAAN rumah yang dihempapte­mbokpengha­dang ketika hujan lebat pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia