Utusan Borneo (Sabah)

PPS kunjungi sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali: Teo

-

PUTRAJAYA: Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS), yang terdiri daripada anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), diminta melakukan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memberi nasihat berkaitan kepolisan kepada pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata PPS boleh membuat kunjungan pada bila-bila masa dan bukannya hanya pada hari perhimpuna­n sekolah semata-mata.

Katanya selain hari perhimpuna­n, PPS juga boleh menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bertemu guru besar, bermesyuar­at dengan guruguru atau berjumpa terus dengan pelajar.

“KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kementeria­n adalah untuk memastikan PPS masuk ke sekolah sekurang kurangnya sebulan sekali dan kita percaya kehadiran polis mampu mengurangk­an keskes disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar,” katanya.

T e o berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Permuafaka­tan Kementeria­n Pendidikan dan PDRM di Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) di sini pada Isnin. Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa dan Guru Besar Norihan Ismail.

Teo berkata selepas tiga tahun dilaksanak­an, program yang berjaya membantu pihak sekolah menangani isu disiplin dan jenayah itu kini diperkukuh­kan dengan pengenalan papan kenyataan PPS di semua sekolah.

“Semua sekolah digalakkan menyedia dan menggunaka­n papan kenyataan tersebut untuk menyampaik­an maklumat kepada pelajar dan polis berkaitan aktiviti dan program yang berlaku di sekolah terbabit,” katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam perutusan yang dibacakan Rusdi sempena program itu berkata PPS berperanan dalam membantu mewujudkan suasana sekolah yang selamat sebagaiman­a yang digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubunga­n Sekolah.

Antara perkara yang dilakukan ialah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan oleh kementeria­n dan PDRM dan jika perlu, melakukan rondaan, lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamata­n kepada warga sekolah, katanya. -Bernama

 ??  ?? TEO (tengah) menyaksika­n majlis penyerahan replika papan kenyataan PPS daripada Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Bok Siew Mun (dua, kiri) kepada Rusdi Mohd Isa (dua, kanan) di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) pada Isnin. -Gambar Bernama
TEO (tengah) menyaksika­n majlis penyerahan replika papan kenyataan PPS daripada Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Bok Siew Mun (dua, kiri) kepada Rusdi Mohd Isa (dua, kanan) di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia