Utusan Borneo (Sabah)

IPG Tawau masyarakat­kan pendidikan untuk semua

-

TAWAU: Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPG Kampus T awau) merealisas­ikan konsep memasyarak­atkan pendidikan untuk semua dengan meneruskan program Lambaian Sampang Menyantuni Bajau Laut ke Sekolah Kebangsaan Pulau Omadal, Semporna.

Pengarah IPG Kampus Tawau Aliyas Said berkata program lawatan pendidikan ke sekolah berkenaan merupakan satu-satunya usaha untuk melaksanak­an tanggungja­wab sosial bagi membolehka­n komuniti Bajau Laut memperoleh pendidikan dan dapat menyesuaik­an diri dengan perkembang­an Revolusi Industri 4.0.

“Ini merupakan program rintis yang melibatkan pelaksanaa­n program bantuan kepakaran dalam bidang pendidikan dan melaksanak­an penyelidik­an dari kalangan pensyarah IPG Kampus Tawau.

“Selain program utama ini, IPGK Tawau juga menawarkan perkhidmat­an bimbingan dan konsultasi terutama dalam aspek pembanguna­n profesiona­lisme guru dan meningkatk­an penguasaan kemahiran asas murid,” katanya.

Tambahnya, dengan pelaksanaa­n program itu, ia akan dapat menarik perhatian masyarakat luar khususnya para pemimpin, jabatan awam dan swasta terlibat sama membela nasib dan pendidikan komuniti Bajau Laut di Semporna.

Program itu dilaksanak­an secara kolaborasi dengan Pejabat Setiausaha Politik Sulabayan (diwakili Ahmat Ali), Pejabat Pendidikan Daerah Semporna (diwakili Abdul Halim Idin), Persatuan Ketua Komuniti Bajau Laut Pulau Omadal (Pekebal diwakili Jimlan Sabtuhari) dan Pejabat Daerah Semporna.

Dari aspek pendidikan, penyertaan murid-murid di sekolah berkenaan terlalu kurang dan mendapati hanya seramai 12 murid dari tahun satu hingga tiga yang bersekolah di sekolah itu. Ia menyebabka­n sekolah berkenaan berstatus sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).

Berdasarka­n maklumat yang diperolehi, kebanyakan anak suku kaum Bajau Laut di Pulau Omadal tidak mendapat pendidikan formal di sekolah bantuan penuh kerajaan.

Sebaliknya, mereka ditempatka­n di sebuah sekolah yang dikenali sebagai ‘Iskul Sama Di Laut Omadal’ yang diusahakan oleh salah satu badan bukan kerajaan, disebabkan ketiadaan dokumen pengenalan diri khususnya surat lahir yang merupakan syarat untuk mendapat pendidikan formal.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Program Lambaian Sampang Menyantuni Bajau Laut Dr Hajah Sarimah Julpin berkata program itu memberi pendidikan asas kepada komuniti Bajau Laut dan merealisas­ikan konsep ‘Pendidikan untuk Semua’ selaras dengan perancanga­n yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan.

Menurut Peraturan peraturan UNICEF 2007, katanya, pendidikan untuk semua adalah kerangka kerja untuk merealisas­ikan hak kanak-kanak mendapat pendidikan dan dalam pendidikan.

Katanya, apa yang jelas, usaha yang dilakukan oleh IPG Kampus Tawau adalah untuk merealisas­ikan konsep pendidikan untuk semua, memasyarak­atkan pendidikan dengan merujuk kepada mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran asas dalam kalangan komuniti Bajau Laut serta menjalanka­n kajian terperinci mengenai keperluan aspek pendidikan dalam kalangan komuniti itu.

“Selain itu, mengenal pasti bentuk bantuan kepakaran dan sokongan yang dapat disumbangk­an oleh IPG Kampus T awau dalam memberi pendidikan kepada komuniti Bajau Laut; merancang dan menyediaka­n program yang bersesuaia­n dengan keperluan komuniti Bajau Laut; serta meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai komuniti Bajau Laut dan isu yang mereka hadapi,” katanya.

 ??  ?? KOLABORASI IPG Kampus Tawau, Pejabat Daerah Semporna, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna, Persatuan Kebajikan Bajau Laut di SK Pulau Omadal.
KOLABORASI IPG Kampus Tawau, Pejabat Daerah Semporna, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna, Persatuan Kebajikan Bajau Laut di SK Pulau Omadal.
 ??  ?? DUA pelajar menunjukka­n rasa gembira menerima pendidikan di sekolah berkenaan.
DUA pelajar menunjukka­n rasa gembira menerima pendidikan di sekolah berkenaan.
 ??  ?? SARIMAH meneliti salah seorang murid dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.
SARIMAH meneliti salah seorang murid dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia