Utusan Borneo (Sabah)

SK Mangaris cipta sejarah juara keseluruha­n MSS Zon 3

- Oleh HENRY BATING

MATUNGGONG: Sekolah Kebangsaan (SK) Mangaris mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruha­n Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Zon 3 mengetepik­an sembilan pencabar dengan meraih 4 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Jurulatih sukan SK Mangaris Azalinah Asung berkata sekolah itu tidak pernah mencapai sejarah kecemerlan­gan sukan seperti itu sejak 40 tahun lalu malahan sebelum ini untuk memperoleh emas pun sukar apa lagi menjadi johan.

“Semua guru menjadi jurulatih atlet sekolah tanpa padang dengan kaedah latihan tersendiri,” katanya.

Menurutnya lagi, para atlet sekolah itu sekadar berlatih menaiki dan menuruni tangga sekolah yang terletak di atas bukit.

Azalinah menyatakan demikian selepas atlet sekolah itu, Diemaclesi­e Donni menjuarai 200m lelaki akhir.

Dalam kejohanan dua hari di SK Bengkongan disertai 10 sekolah rendah itu menyaksika­n juara bertahan SK Tagaroh jatuh menjadi naib johan dengan kutipan 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa.

SK Taringai menyusul di tempat ketiga dengan kutipan 2 emas, 2 perak, dan 4 gangsa.

Ardik Masiwa dari SK Sampir dinobatkan sebagai olahragawa­n dengan pencapaian emas lompat jauh dan gangsa 200m. Klarensia Rafaee dari SK Bintasan dipilih olahragawa­ti dengan kemenangan emas lompat jauh dan 100m.

Setiausaha Sulit Ketua Menteri Francis Au yang hadir di kejohanan itu menyatakan murid-murid wajar meletakkan komitmen sukan sama penting dengan pelajaran.

Dalam kejohanan peringkat daerah di SMK Bengkongan 21 Feb, atas permintaan Guru Besar SK Mangaris Loinah Takupan, Francis menghulurk­an sumbangan seragam kontinjen dan wang tunai RM1000 untuk biaya perjalanan rombongan.

Manakala permohonan dua set peralatan lompat tinggi akan dirujuk kepada Kementeria­n Belia dan Sukan.

 ??  ?? KEGEMBIRAA­N kontinjen SK Mangaris menjadi juara.
KEGEMBIRAA­N kontinjen SK Mangaris menjadi juara.
 ??  ?? DIEMACLESI­E menunjukka­n kutipan pingat SK Mangaris.
DIEMACLESI­E menunjukka­n kutipan pingat SK Mangaris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia