Utusan Borneo (Sabah)

Real Madrid tumbang di Bernabeu

Tewas mengejut 2-1 kepada Girona

-

MADRID, Sepanyol: Real Madrid mensia-siakan pendahulua­n dan mungkin peluang mengejar Barcelona ketika Girona bangkit dari ketinggala­n sebelum mencipta kemenangan 2-1 di Santiago Bernabeu dalam aksi La Liga Sepanyol Ahad lepas.

Girona belum menang dalam 13 perlawanan dan membayangk­an kekalahan ketujuh berturut-turut apabila Casemiro meletakkan Real di hadapan dalam separuh masa pertama.

Tetapi mungkin kerana terlalu yakin dan Girona mengambil sepenuh peluang apabila Cristhian Stuani menyempurn­akan satu tendangan penalti sebelum Portu menjaringk­an gol kedua, menyebabka­n Real berhempas-pulas mencari gol penyamaan sebelum Sergio Ramos dibuang padang pada minit ke-90 buat Real.

Mereka gagal mencari gol penyamaan dan kekalahan menjejaska­n kebangkita­n mini Real dalam saingan kejuaraan liga.

Barcelona menewaskan Real Valladolid 1-0 pada perlawanan hari Sabtu tetapi aksi hambar meneruskan satu tempoh ketidakten­tuan di Barca sementara Real memulakan perlawanan dengan tujuh kemenangan berturut-turut dan juga keputusan seri ketika menentang Barca.

Barca masih perlu ke Bernabeu lewat bulan ini tetapi perlawanan ‘El Clasico’ itu nanti mungkin tidak begitu mencemaska­n sekarang kerana Barca kini memiliki kelebihan sembilan mata berbanding Real dengan Atletico Madrid kembali ke tangga kedua liga, tujuh mata di belakang Barca.

“Ia merugikan,” kata jurulatih Real, Santiago Solari. “Kami tercicir mata dan pesaing kami menang. Ia merugikan kerana kami mengharung­i tempoh yang hebat sebelum ini. Adakah saingan liga sudah berakhir? Tidak sama sekali,” kata beliau.

Kekecewaan buat Solari ialah pasukannya sudah mengawal permainan tetapi mensia-siakannya apabila menentang lawan yang meraikan kemenangan seperti mereka sudah terselamat dari penyingkir­an.

Kemenangan liga yang pertama buat G i rona sejak bulan November itu meletakkan mereka empat mata di atas zon penyingkir­an.

Solari juga harus dipersalah­kan selepas menurunkan skuad berbeza selepas perlawanan Liga JuaraJuara ketika menewaskan Ajax pada pertengaha­n minggu.

Gareth Bale dan Vinicius Junior bermula di bangku simpanan sementara Luka Modric digantung. Marcelo kembali di posisi pertahanan kiri dan sekali lagi mempamerka­n aksi hambar.

Real memulakan permainan dengan memberangs­angkan dan kelihatan tidak menghadapi masalah untuk mencipta kemenangan liga yang kelapan apabila Casemiro menanduk umpanan Toni Kroos pada minit ke-25 untuk meletakkan Real di hadapan.

Jurulatih Girona, Eusbeio, memasukkan Aleix Garcia dan Anthony Lozano pada masa rehat dan kedua-dua pemain ini memberikan impak segera dengan hampir mengikat kedudukan.

Real mula berasa terlalu yakin dan tidak lama selepas itu, mereka dihukum apabila Ramos menghadiah­kan tendangan penalti buat Girona apabila menepis cubaan Douglas Luiz dengan tangannya.

Ramos sebaliknya hanya menerima kad kuning berbanding kad merah dengan Stuani tidak mensiasiak­an peluang untuk menyempurn­akan penalti bagi mengikat kedudukan.

Girona hampir menambah jaringan tidak lama selepas itu dengan cubaan Portu hanya menerjah luar jaring tetapi ia adalah amaran yang tidak diendahkan oleh Real.

Vinicisu dan Bale dimasukkan oleh Solari tetapi Vinicius mensia-siakan tiga peluang terbaik sebelum Portu meletakkan Girona di hadapan buat kali pertama.

Real cuba bangkit tetapi kad merah Ramos, selepas menerima kad kuning kedua, menamatkan segala-galanya buat pasukan tuan rumah. – AFP

“Kami tercicir mata dan pesaing kami menang. Ia merugikan kerana kami mengharung­i tempoh yang hebat sebelum ini. Adakah saingan liga sudah berakhir? ” Tidak sama sekali. SANTIAGO SOLARI Jurulatih Real Madrid

 ?? - Gambar Reuters ?? PEMAIN Real Madrid Lucas Vazquez, melepaskan rembatan namun berjaya dihalang oleh penjaga gol Girona.
- Gambar Reuters PEMAIN Real Madrid Lucas Vazquez, melepaskan rembatan namun berjaya dihalang oleh penjaga gol Girona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia