Utusan Borneo (Sabah)

MRSM, Kolej Vokasional juara bola jaring MSSD Sandakan

Kejohanan Bola Jaring 2019 kategori bawah 15 dan 18 tahun MSSD Sandakan

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephen (TMFS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) … masing-masing muncul juara kategori bawah 15 dan 18 tahun pada Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) peringkat daerah Sandakan yang berakhir di Dewan Terbuka SK Sung Siew, di sini, petang Ahad.

Kejohanan dua hari itu dianjurkan oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan dan dikelolaka­n dengan jayanya oleh SMK Muhibbah, Sandakan.

Bagi kategori B15, pasukan MRSM yang dibimbing jurulatih berpengala­man, Roslinawat­i Arafee muncul juara menewaskan SMK Muhibbah dengan kemenangan selesa 12 – 5 pada perlawanan akhir.

Tempat ketiga dimenangi pasukan SMK Perempuan yang mengalahka­n SMK Sandakan 13 – 5 pada perlawanan penentuan.

Terdahulu,MRSMmarake final selepas menyingkir­kan SMK Sandakan 7 – 5, manakala SMK Muhibbah mengenepik­an SMK Perempuan 8 – 6 pada saingan peringkat separuh akhir.

Pada perlawanan peringkat kumpulan, MRSM seri 9 – 9 dengan pasukan SMK Muhibbah, sebelum membelasah SMK Segaliud 12 – 2 untuk muncul juara kumpulan, kemudian menundukka­n pasukan SMK Elopura 13 – 10 pada peringkat suku akhir.

Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan itu termasukla­h SMK Tinusa, SM St Michael, SMK Batu Sapi, SMK Agama Tun Juhar, SMK Elopura II dan juga SMK Merpati.

Bagi kategori B18, pasukan Kolej Vokasional Sandakan (KVS) muncul juara menewaskan SMK Elopura II dengan kemenangan 12 – 9 pada perlawanan akhir yang menarik dan mendebarka­n apabila kedua-dua pasukan saling berkejaran mata (jaringan).

Tempat ketiga dimenangi pasukan MRSM TMFS yang mengalahka­n SMK Elopura Bestari 10 – 7 pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

KVS menempah tempat ke perlawanan akhir setelah mengalahka­n SMK Elopura Bestari 7 – 5, manakala SMK Elopura II menundukka­n SMK Elopura II mengenepik­an MRSM TMFS 9 – 7 pada peringkat separuh akhir.

Pada peringkat kumpulan, KVS menang mudah mengatasi SM St Cecilia 18 – 2 dan menewaskan SM St Michael 9 – 3, sebelum menumpaska­n SMK Muhibbah 10 – 4 pada peringkat suku akhir.

Sebanyak 13 pasukan menyertai kejohanan itu bagi kategori B18 termasukla­h SMK Tinusa, SM St Michael, SM St Cecilia, SMK Agama Tun Juhar, SMK Sandakan, SM Sung Siew, SMK Perempuan dan juga SMK Merpati.

Setiausaha Jawatankua­sa Pengelola yang juga Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Muhibbah, Jamain Tapae berkata kejohanan itu mendapat sambutan menggalakk­an dengan penyertaan 25 pasukan bagi kedua-dua kategori.

Katanya, selain melaksanak­an aktiviti berdasarka­n takwim sukan MSS daerah, kejohanan itu merupakan platform pemilihan 10 pemain terbaik bagi setiap kategori untuk mewakili MSSD Sandakan ke Kejohanan Bola Jaring MSS Sabah yang akan diadakan di Kota Marudu pada 27 – 28 Februari depan.

Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah Kejohanan Bola Jaring MSSD Sandakan itu disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, Ahmad Yusof Mohamad yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan.

Hadir sama ialah Penyelia Sukan PPD Sandakan Suriyansya­h Mohd Yunus, Pengetua SMK Muhibbah Sandakan Haji Jefri Abd Ahmad dan Pengurus Teknik (PT) Bola Jaring MSSD Sandakan, Julianah Ag Damit dari SK Sg Manila, Sandakan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KOLEJ Vokasional Sandakan (berdiri) bersama pasukan SMK Elopura II yang bertemu di final bola jaring B18 MSSD Sandakan. KVS menang 12 – 9.
KOLEJ Vokasional Sandakan (berdiri) bersama pasukan SMK Elopura II yang bertemu di final bola jaring B18 MSSD Sandakan. KVS menang 12 – 9.
 ??  ?? AHMAD Yussof diiringi Jefri (kiri) dan Jumain menyampaik­an piala kejuaraan kepada pengurus Kolej Vokasional Sandakan.
AHMAD Yussof diiringi Jefri (kiri) dan Jumain menyampaik­an piala kejuaraan kepada pengurus Kolej Vokasional Sandakan.
 ??  ?? SMK Muhibbah naib johan bola jaring B15 MSSD Sandakan 2019.
SMK Muhibbah naib johan bola jaring B15 MSSD Sandakan 2019.
 ??  ?? AHMAD Yussof (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
AHMAD Yussof (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
 ??  ?? (Gambar atas) PASUKAN MRSM TMFS Sandakan muncul juara bola jaring B15 MSSD Sandakan bersama Ahmad Yussof (berdiri tengah) dan Julianah (berdiri kiri).
(Gambar kanan) AHMAD Yussof, Julianah dan Jumain (tengah) bersama pasukan MRSM (kanan), SMK Muhibbah (tengah) dan SMK Perempuan (kiri) bergambar kenangan selepas penyampaia­n hadiah kejohanan itu.
(Gambar atas) PASUKAN MRSM TMFS Sandakan muncul juara bola jaring B15 MSSD Sandakan bersama Ahmad Yussof (berdiri tengah) dan Julianah (berdiri kiri). (Gambar kanan) AHMAD Yussof, Julianah dan Jumain (tengah) bersama pasukan MRSM (kanan), SMK Muhibbah (tengah) dan SMK Perempuan (kiri) bergambar kenangan selepas penyampaia­n hadiah kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia