Utusan Borneo (Sabah)

Kenduri sekampung himpunkan guru silat

Untuk menghargai bekas-bekas guru silat

-

MAJLIS Kenduri Mesra Sekampung di Kampung Sangkir Taman Sallesa, Kota Belud hari itu dibuka dengan langkah bunga silat.

Beberapa guru silat dari perguruan masing-masing mempersemb­ahkan keunikan gerak silat mereka, di atas sebidang tikar yang sedia dibentangk­an di bawah khemah.

Pengerusi Pesaka Kota Belud Guru Mazlan Maznee bersama beberapa jemputan memerhatik­an persembaha­n dengan teruja, sementara hadirin yang lain berdiri dengan rasa tertanya-tanya, siapa lagi guru silat yang bakal tampil di ruangan yang sederhana itu.

Setiap kali persembaha­n bunga silat berakhir, ia disambut dengan tepukan gemuruh hadirin. Seorang dua berbisik sesama sendiri, betapa mereka tidak menyangka bahawa individu yang mereka kenali sebagai orang yang berpenampi­lan rendah diri itu rupanya seorang guru silat.

“Terdapat seorang dua individu yang tidak dikenali sebagai guru silat, kerana disiplin yang diterapkan dalam perguruan menjadi amalan hidup mereka seharian. Amalan itu seterusnya diterapkan kepada murid mereka tatkala mereka membuka gelanggang,” jelas Mazlan.

Justeru, katanya, antara objektif program anjuran bersama KRT Taman Sallesa dan Pesak Kota Belud hari itu ialah untuk menghargai bekas-bekas guru silat.

Menurut beliau lagi, kerana jerih payah mereka yang tak mengharapk­an imbalan, maka seni silat dapat diwariskan kepada generasi hari ini.

Beliau yang juga jurulatih Gerak Makrifat Kota Belud menggesa agar semua perguruan silat di Kota Belud dialualuka­n untuk mendaftark­an persatuan atau perkumpula­n mereka di dalam Pesaka demi melestarik­an seni silat dalam perguruan masing-masing.

“Antara kelebihan menyertai Pesaka adalah kita dapat mengenal pasti para pelatih atau atlit yang boleh kita ket- engahkan ke peringkat tertinggi, iaitu dengan menyertai acara sukan seni silat yang memang selalu dipertandi­ngkan dalam sesuatu kejohanan. “Sebelum ini, apabila tamat persilatan dalam gelanggang, aktiviti hanya sampai di situ. Dengan bernaung di bawah Pesaka, kemahiran atlit boleh dikembangk­an lagi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.

Usaha Mazlan menghimpun­kan guru-guru silat tidak hampa, kerana meskipun terdapat guru silat yang telah dimamah usia, mereka tetap bersemanga­t untuk hadir, demi untuk melihat seni ilmu bela diri dikembangk­an dan dilestarik­an di jagat moden dewasa ini.

Contohnya, Guru Sun yang berusia hampir 80 tahun tetap hadir dalam program yang julung-julung kalinya diadakan di daerah ini. Malah guru tua dalam perguruan seni silat Gayung itu turut mempersemb­ahkan bunga silat Gayung dengan gerakan yang lincah.

Naib Presiden PSS Pesaka Sabah Guru Awang Masri Kefli, yang turut hadir dalam program itu, berkata silat adalah salah satu cabang seni yang mampu memperkasa­kan jati seseorang individu, khususnya mereka yang terlibat langsung dengan dunia persilatan.

Kata Guru Awang Masri yang juga Yang Dipertua Perguruan Silat Cekak Ustaz Hanafi Sabah, Pesaka Kota Belud telah melahirkan ramai atlit dalam acara silat yang dipertandi­ngkan dalam peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa, yang turut menyumbang pingat kepada negara.

“Kita bangga dengan pencapaian Nor Fara Mazlan yang bakal mewakili kontinjen negara di Sukan Sea Manila tahun ini, dan Mohamad Aminuddin Adzmi yang mewakili Sabah di peringkat kebangsaan. Kedua-dua pesilat ini berasal dari Kota Belud.

“Kita bercadang untuk melantik mereka sebagai Ikon Belia Kota Belud dalam satu majlis yang kita adakan kelak. Seni silat perlu disemarakk­an lagi dalam jiwa belia kerana seni silat merupakan salah satu khazanah bangsa kita,” jelasnya.

Sebelum itu, Ketua UPPM Tempasuk Hj Ladim Hj Abd Rahman memuji usaha Pesaka Kota Belud yang berjaya menghimpun­kan guruguru silat dalam program berkenaan, dan menyifatka­n ia sebagai pemangkin perpaduan serta kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat.

“Antara perubahan minda kita yang saya lihat dalam program ini ialah, kalau dahulu segelintir daripada kita hanya ingin terlibat dalam sesuatu program jika adanya imbalan, tetapi kali ini telah wujud kesedaran bahawa dalam hidup yang lebih penting adalah persefaham­an dan kerjasama,” katanya.

Dalam program itu juga, selain memberi sijil penghargaa­n kepada para guru silat sebagai menghargai sumbangan mereka dalam bidang itu selama ini, Pesaka Kota Belud turut mengadakan bacaan doa selamat dan tahlil khusus untuk guru-guru silat yang telah meninggal dunia.

 ??  ??
 ??  ?? SUN mempersemb­ahkan bunga Silat Gayung.
SUN mempersemb­ahkan bunga Silat Gayung.
 ??  ?? MAZLAN (dua dari kanan) dan Awang Masri (kanan) bergambar dengan Ladim (tengah).
MAZLAN (dua dari kanan) dan Awang Masri (kanan) bergambar dengan Ladim (tengah).
 ??  ?? GURU Mazlan Shoi mempersemb­ahkan Bunga Spring dalam program berkenaan.
GURU Mazlan Shoi mempersemb­ahkan Bunga Spring dalam program berkenaan.
 ??  ?? BACAAN doa selamat dan tahlil turut diadakan sempena program itu.
BACAAN doa selamat dan tahlil turut diadakan sempena program itu.
 ??  ?? ANTARA suasana dalam program Kenduri Mesra Sekampung anjuran KRT Taman Sallesa dan Pesaka Kota Belud itu.
ANTARA suasana dalam program Kenduri Mesra Sekampung anjuran KRT Taman Sallesa dan Pesaka Kota Belud itu.
 ??  ?? LADIM menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang guru silat yang hadir. Turut bersama dalam gambar ialah Awang Masri (kiri).
LADIM menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang guru silat yang hadir. Turut bersama dalam gambar ialah Awang Masri (kiri).
 ??  ?? AWANG MASRI
AWANG MASRI
 ??  ?? MAZLAN
MAZLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia