Utusan Borneo (Sabah)

Tawaran gaji lumayan jerat 47 rakyat Malaysia

Arif berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak, Malaysia kerana bebaskan dan bawa mereka balik ke tanah air

-

KUCHING: Teruja dengan gaji lumayan yang ditawarkan telah menjerat 47 rakyat Malaysia dengan sebahagian besar dari Sarawak untuk terima tawaran kerja di Kemboja.

Salah seorang daripada mereka yang terjerat dengan tawaran tersebut ialah Nur Mohd Arif Bokhari, 23, dari Sibu.

“Saya terima tawaran untuk bekerja di hotel menerusi WeChat dengan gaji AS$ 1,200 sebulan.

“Memang banyak tawaran kerja di luar negara dalam kumpulan WeChat tersebut atas nama Agensi Job Vacancy,” katanya ketika ditemui sebaik ketibaan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching di sini, pada Ahad.

Tambah Arif, setiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Siem Reap, Kemboja mereka telah dijemput oleh individu tempatan yang tidak dikenali identitiny­a.

“Sebaik tiba di sana, barangan peribadi kami seperti telefon bimbit dan pasport dirampas dan menyebabka­n kami berasa pelik.

“Seminggu sekali kami dibenarkan menghubung­i keluarga sehinggala­h kena

“Saya terima tawaran untuk bekerja di hotel menerusi WeChat dengan gaji AS$ sebulan.” 1,200 NUR MOHD ARIF BOKHARI

tangkap pada 11 Disember lalu,” katanya yang tidak dapat melupakan detik pahit selama 60 hari di sana.

Arif dalam pada itu berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Malaysia amnya yang telah berusaha membebaska­n dan membawa mereka balik ke tanah air.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Malaysia kerana telah membantu kami kembali dengan selamat ke Malaysia.

“Selama 60 hari saya berdoa dapat kembali ke negara sendiri dan saya sangat bersyukur kerana akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga.

“Apa yang terjadi kepada saya dan rakan-rakan lain di sana biarlah disimpan dalam hati selama-lamanya kerana saya tidak mahu mengingati pengalaman pahit tersebut lagi,” katanya.

 ??  ?? ARIF berpelukan dengan ahli keluargany­a sebaik tiba dari Siem Reap, Kemboja susulan pembebasan dari Penjara Provinsi Banteay MeanChey pada Jumaat lepas.
ARIF berpelukan dengan ahli keluargany­a sebaik tiba dari Siem Reap, Kemboja susulan pembebasan dari Penjara Provinsi Banteay MeanChey pada Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia