Utusan Borneo (Sabah)

Dekorasi indah dari ‘Hati Ke Hati’

Hayati menyedia khidmat dekorasi majlis keraian, perkahwina­n

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

ARWAH bapanya pernah berpesan, dalam berniaga kejujuran adalah asas utama, sabar melalui ujian dan jiwa mesti kental.

Menurut Nurhayati Abdul Latif, 44, dengan pesanan keramat itulah dia memulakan langkah satu demi satu sebagai seorang usahawan wanita.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Hayati mempunyai latar belakang dan penampilan sederhana, merendah diri tapi seorang bercita-cita tinggi hingga terbukti mampu menjelmaka­n majlis seumpama di awangan.

Beliau yang mendirikan rumahtangg­a bersama Sudirman Mohd Isa,

45, pada 1998 diakui pelanggann­ya memiliki keistimewa­an tersendiri kerana ianya bakat seni dan minatnya pada kerjaya mendekoras­i majlis perkahwina­n dan majlis keraian lain.

Beliau mempunyai sentuhan magik ‘wow factor’ yang menjadi menjadi rebutan bakalbakal pengantin yang mengimpika­n majlis menjadi luar biasa dan istimewa untuk dikenang seumur hidup.

Ianya luar biasa dan empunya diri juga seakan tidak percaya dia berada di satu level yang tersendiri dan bersyukur dengan rezeki daripada Allah.

Hayati yang didedahkan dengan cabaran berniaga sejak kecil daripada bapanya dengan menjual ikan, bungabunga, jajan-jajan mengakui perjalanan kerjayanya tidak mudah.

Pada usia 19 tahun, berbekalka­n kelulusan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), Hayati menjadi kontraktor Telekom, satu kerjaya yang amat jarang diceburi kaum wanita ketika itu.

Meski tugasan di lapangan begitu mencabar namun dia tetap mengagihka­n masa kerana mahu bekerja sambil menimba ilmu.

“Saya sedar dengan menambah ilmu, saya boleh merancang apa sahaja yang saya impikan untuk masa depan saya.

“Sebab itulah, sementara saya masih muda bertenaga saya nekad menambah ilmu dengan mengambil kursus keusahawan Insken, Mara, Mardi, Punb, Tekun dan banyak lagi.

“Ketika itulah arwah bapa yang mungkin risau dengan diri saya memberi banyak nasihat termasukla­h pesanan keramatnya itu kerana ketika itu saya masih muda, banyak halangan dan ujian yang dihadapi.

“Dan beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia pada Ramadan tahun lalu, beliau sekali lagi berpesan hal yang sama. Saya akan selalu ingat pesanannya itu,” kata ibu kepada lima orang cahaya mata, empat perempuan seorang lelaki.

Menurutnya, dari semasa ke semasa beliau terus mengintai peluang mengikuti pelbagai kursus kemahiran selepas berhenti daripada kerjaya kontraktor.

Antara kursus yang diikutinya, Bisness Model Canves, Marketing strategies, Blue ocean strategy, Kejurutera­an menu, Penyediaan SOP, Perakaunan dan untung Rugi, Fresh flowers arrangemen­ts di Flora Academy oleh Razak Ahmad dan lain-lain.

Pada 2004, Hayati mula mengasaska­n Butik Hati ke Hati dan meneroka perniagaan perkhidmat­an dan produk untuk majlis perkahwina­n.

Pada 2017, syarikat trading Hayati dinaiktara­f ke Sendirian Berhad yang akhirnya kini menjadi Hana Hayati Group Sdn Bhd dengan membawa jenama Hati Ke Hati berdaftar di Myipo.

Menurutnya fasa naiktaraf syarikat itu untuk memenuhi keperluan pada perkhidmat­an dan sasaran pelanggan yang ada di pasaran.

Ia seterusnya bagi memastikan pelanggan yakin untuk mendapat perkhidmat­an dari sebuah syarikat profesiona­l.

“Syarikat ini mempunyai 15 tahun pengalaman dalam perkidmata­n menguruska­n dekorasi majlis perkahwina­n, majlis rasmi dan lain-lain acara.

“Ianya sebuah pengalaman yang sangat mengujakan dan luar biasa kerana saya berasa puas berkerja.

“Ianya menginspir­asikan, mendorong semangat saya untuk terus memberikan karya dan hasil yang terbaik dalam bisnes ini,” katanya.

Berkisah tentang sentuhan magik dan trademark yang menjadi ‘wow factor’ syarikatny­a, beliau merendah diri dan bersyukur dengan kelebihan bakat yang dianugerah­kan Tuhan.

Beliau selalu berpengang pada prinsip jangan mudah mengalah, jujur dan ikhlas baik dalam bekerja mahupun dalam kehidupan.

Semasa bekerja harus teliti, amanah dan tanggungja­wab yang diberi perlu dilaksanak­an sehabis baik.

Hayati turut berkongsi untuk mengamalka­n ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ kerana amalan tradisi yang perlu diamalkan, dihormati, dijaga di tempat pelanggan perlu disampaika­n dengan tepat di majlis mereka.

Menurutnya, umpama menjadi duta pelancong di satu daerah, majlis perkahwina­n perlu diterjemah­kan setepatnya kepada tetamu agar budaya adat resam turun temurun tuan rumah disampaika­n dengan baik.

“Umpamanya bagi suku Bugis, pakaian tradisi baju Bodo perlu menyampaik­an maksud rekaan baju itu dari ilham bijak pandai Bugis.

“Berdasarka­n sejarah, masyarakat Bugis mula bertapak di Tawau pada kurun ke-18 dan antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar ini ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.

“Menyentuh tentang perkara itu, baju Bodo yang dibawa dari Sulawesi Selatan sejak dulu lagi mempunyai erti dari bentuk dan warnanya,” katanya

Hayati menjelaska­n, busana pengantin wanita Bugis ini berbentuk segi empat tanpa lengan dengan sisi samping kain yang dijahit.

Setiap warna baju yang digunakan dalam majlis perkahwina­n adat Bugis melambangk­an peringkat umur atau status si pemakai.

Biasanya warna jingga dipakai gadis berumur 10 hingga 14 tahun. Manakala, merah pula dipakai mereka yang berusia 17 hingga 25 tahun. Hijau pula adalah khusus untuk golongan bangsawan.

Pada majlis perkahwina­n, baju Bodo diperbuat daripada kain sutera atau songket dihias dengan manik dan renda mengikut kreativiti si penjahit dan perubahan zaman.

“Kepada usahawan yang menceburi bidang yang sama perlu berusaha mencari

‘trademark’ dan ‘wow factor’ untuk memberi kelainan serta memberi sesuatu yang pelanggan akan kenal dan ingati.

“Usahawan dalam bidang ini juga sudah tentu perlu cekal dan bersemanga­t waja serta bijak mengurus kewangan syarikat.

Kepada yang berminat menceburi bidang berkenaan, pastikan anda betul-betul berbakat dan sangat berminat serta mempunyai fokus dan hala tuju tepat,” pesan Hayati.

Perancanga­nnya, dengan kekuatan yang ada pada jenama Hati Ke Hati, beliau amat positif mengembang­kan Hati Ke Hati sebagai ‘One stop center for Event Decor, Design & Catering’.

“Saya akan membina dewan yang serba lengkap khususnya untuk pajlis perkahwina­n dan amnya untuk majlis-malis keraian yang lain.

“Saya juga bercadang untuk membuka sekolah latihan khas untuk Event,

Decor & Design dimana ia akan menjadi tempat untuk saya mewariskan ilmu dan pengalaman saya selama 15 tahun dalam bidang ini,” katanya.

Hayati turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah memainkan peranan tersendiri dalam mengembang­kan perniagaan­nya terutama pekerja-pekerjanya, agensi kerajaan dan swasta teristimew­a suami dan ahli keluargany­a.

“Walaupun syarikat memfokuska­n kepada golongan pertengaha­n dan atasan, namun kami juga tetap menawarkan pakej mampu milik bergantung kepada bajet pelanggan.

“Kami amat mengalualu­kan kedatangan pelanggan seterusnya berbincang dengan kami untuk pakej yang sesuai dan jangan percaya gosipgosip liar yang mengatakan bahawa Hati Ke Hati hanya melayan pelanggan VIP sahaja,” pesan Hayati.

 ??  ?? ANTARA pelamin pengantin yang diilhamkan Hayati demi memenuhi impian pelanggan.
ANTARA pelamin pengantin yang diilhamkan Hayati demi memenuhi impian pelanggan.
 ??  ?? KETUA Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal antara tetamu yang pernah hadir pada majlis pelanggann­ya.
KETUA Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal antara tetamu yang pernah hadir pada majlis pelanggann­ya.
 ??  ?? DEKORASI yang membuat pelanggan gembira akan membuat Hayati puas pada kerjayanya.
DEKORASI yang membuat pelanggan gembira akan membuat Hayati puas pada kerjayanya.
 ??  ?? HAYATI sentiasa teliti dalam kerjanya untuk memberi yang terbaik kepada pelanggann­ya.
HAYATI sentiasa teliti dalam kerjanya untuk memberi yang terbaik kepada pelanggann­ya.
 ??  ?? DEKORASI yang dihasilkan sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.
DEKORASI yang dihasilkan sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.
 ??  ?? HAYATI bersama suaminya Sudirman yang banyak membantuny­a dalam perniagaan.
HAYATI bersama suaminya Sudirman yang banyak membantuny­a dalam perniagaan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pekerja yang menjadi nadi syarikat.
SEBAHAGIAN pekerja yang menjadi nadi syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia