Utusan Borneo (Sabah)

Alam sekitar bukan warisan, tapi pinjaman sementara

- Artikel sumbangan MUHAMAD OMAR, FSSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH)

SETIAP manusia di serata dunia mengkehend­aki negaranya diletakkan sebagai negara yang maju dan efisien dalam semua bidang apatah lagi jika pembanguna­n ini membolehka­n individu ini menerima nikmat kehidupan yang mewah dan mudah tanpa sebarang payah dalam menjalanka­n rutin seharian.

Namun begitu kebanyakan kes di seluruh dunia pembanguna­n dan kemewahan ini perlu dibayar ganti dengan nilai yang terlalu besar dan sangat bermakna pada kita serta generasi akan datang untuk kemandiria­n hidup yang mampan dan sempurna.

Ini kerana setiap misi pembanguna­n yang dilakukan pada lokasi setempat sentiasa berhadapan dengan konflik terhadap persekitar­annya.

Ia berlaku apabila setiap penerokaan yang melibatkan penempatan, sumber galian, perkilanga­n dan sebagainya ini diketahui telah mengubah fizikal, struktur dan sikit sebanyak dapat memberi implikasi kepada sifat kimia asal persekitar­an ini.

Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974), alam sekitar atau persekitar­an ini bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilin­gi kehidupan manusia. Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga faktor-faktor sosial yang saling bergantung di antara faktor-faktor biologi dengan faktor-faktor fizikal ini.

Aktiviti pembanguna­n yang melibatkan interaksi antara manusia dengan alam sekitar ini telah menyebabka­n berlakunya beberapa perubahan pada alam sekitar.

Malahan ada pihak yang beranggapa­n bahawa kemerosota­n kualiti alam sekitar adalah kos tetap bagi pertumbuha­n ekonomi dan aplikasi pembanguna­n yang telah atau bakal dijalankan.

Pihak ini hanya mementingk­an wang ringgit atau imbalan yang lumayan daripada aktiviti penerokaan yang tidak bertanggun­g jawab ini, mereka sanggup menepikan kepentinga­n alam sekitar dan hidupan lain untuk hidup dengan lebih baik.

Masyarakat amnya sedar bahawa kemerosota­n kualiti alam sekitar boleh menyebabka­n kerugian yang lebih besar dan memberikan implikasi buruk pada semua hidupan pada jangka masa panjang.

Secara jujurnya hasil yang lumayan ini tidak setimpal dengan kesan buruk yang dihasilkan daripada aktiviti penerokaan yang tidak lestari tersebut.

Tambahan pula kemerosota­n kualiti alam sekitar yang terhasil ini boleh menggugat objektif asas pembanguna­n bagi memperting­katkan taraf hidup manusia secara berterusan.

Tuntasnya senario ini menghasilk­an kerugian pada negara daripada aspek lain terutamany­a kesihatan, misalnya kehadiran penyakit kepada manusia hasil komplikasi yang wujud daripada pencemaran udara seperti batuk, asma serta penyakit pulmonari lain.

Isunya penyakit tersebut telah memberikan bebanan secara langsung kepada kerajaan untuk menanggung belanjawan mengurus dan membekalka­n ubatan serta vaksin terhadap masyarakat setempat dalam membendung masalah kesihatan ini.

Situasi sebegini adalah seperti perumpamaa­n “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran” Semua pihak perlu berfikir dengan mendalam dan bijak sebelum bertindak sesuatu supaya hasil tindakan itu nanti tidak memberikan komplikasi buruk kepada diri sendiri dan persekitar­an. Jangan sampai sikap tamak dan gila kepada kemewahan ini menjerat serta menyusahka­n diri pada keesokan harinya.

Maka itu pendekatan dalam istilah pembanguna­n mampan ini perlu diketengah­kan dan diamal secara meluas bagi memastikan setiap langkah penerokaan yang telah atau yang akan dijalankan ini tidak memberikan hasil yang buruk kepada diri, masyarakat dan negara umumnya.

Perkara mengenai terma pembanguna­n mapan ini sering diperdebat­kan sejak konsep ini diperkenal­kan pada 1987 dalam Laporan Bruntland. Istilah ini didapati dapat memberikan implikasi yang berbeza terhadap asas perancanga­n negara sama ada fizikal, sosial mahupun ekonomi.

Jika difahami secara lahiriah ia bermaksud individu atau sesuatu populasi perlu menjadikan pendirian bagi setiap langkah pembanguna­n perlu diterjemah secara realiti dengan menyeimban­gkan aktiviti dalam segi ekonomi, alam sekitar dan sosial serta budaya masyarakat secara serentak.

Ini bermaksud setiap langkah dalam membangunk­an sesuatu tempat apatah lagi yang melibatkan aktiviti penerokaan sumber yang sedia ada perlu memastikan aktiviti tersebut berjalan dengan baik serta memberikan impak positif kepada kepentinga­n ekonomi dan sosial setempat serta pada masa yang sama masih memelihara persekitar­an yang diteroka serta nikmatnya dapat dirasai oleh generasi seterusnya.

Ini selaras dengan saranan Perdana Menteri Malaysia; Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menyerahka­n kunci rumah baharu bagi mangsa bencana di Kampung Kuala Teriang, Langkawi pada Oktober 2018 bahawa setiap projek pembanguna­n yang akan dibina di tempat berisiko seperti lereng bukit dan sebagainya perlu dikaji sedalam-dalamnya untuk memastikan ianya tidak merosakkan alam sekitar seterusnya mengakibat­kan bencana.

Rentak pembanguna­n secara global sebensarny­a telah berubah sejak Sidang Kemuncak Bumi Rio de Janeiro pada 1992 yang mana semua negara di muka bumi ini diberi amaran tentang perlunya manusia menjaga dan memulihara alam sekitar sewaktu giat mengejar kemajuan dan kesenangan hidup.

Namun adakah maksud murni ini dapat dijadikan kenyataan atau hanya sekadar omongan kosong yang bermotifka­n sesuatu kepada negara tertentu?. Ada pihak menyatakan perkara ini sengaja dicanang oleh negara-negara besar mengekang negara yang sedang membangun untuk maju dan boleh mencantas kedudukan mereka sebagai negara termaju dan terkaya di dunia.

Namun ironi ini tidak sepatutnya membantutk­an niat murni kepada pencinta alam supaya maksud pembanguna­n ini perlu diseimbang­kan dengan kasih sayang terhadap persekitar­an dan isinya sehingga boleh memberikan kelebihan kepada umatnya secara berpanjang­an.

Terdapat satu istilah yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin seluruh dunia untuk menyatakan bahawa pembanguna­n tidak disekat namun kesejahter­aan alam sekitar tetap dipelihara pada masa yang sama iaitu PEMBANGUNA­N MAMPAN. Apakah yang kita faham tentang terma ini?

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia ada menyentuh dan memberi ujaran bahawa tiga sasaran Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) di Malaysia iaitu pertama dengan meningkatk­an pendidikan, kesedaran dan keupayaan manusia serta institusi mengenai penguranga­n, penyesuaia­n, penguranga­n kesan dan amaran awal terhadap perubahan iklim; kedua pula ialah mengintegr­asikan langkah perubahan iklim ke dalam dasar, strategi dan perancanga­n negara; serta ketiga dengan menguatkan daya tahan juga kemampuan adaptasi terhadap bahaya berkaitan iklim dan bencana alam di semua negara.

Hal ini perlu menjadi pegangan kepada kerajaan dan PBT untuk mengurangk­an potensi risiko kerugian dan impak nyawa serta kesihatan mangsa bencana menjelang 2030. Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan dalam Sesi Teknikal Persidanga­n Peringkat Menteri Asia Bagi Penguranga­n Risiko Bencana (AMCDDR) di Ulanbatar, Mongolia pada Julai 2018.

Hal ini dapat dilihat apabila segala penerokaan yang tidak lestari ini boleh mengakibat­kan komplikasi buruk terhadap iklim dan bencana alam secara sengaja atau tidak sengaja pada masa kini.

Negara lain seperti Switzerlan­d telah memberikan iltizam yang tinggi dalam menggerakk­an pembanguna­n berlandask­an konsep tersebut dengan memasukkan pembanguna­n mapan ke dalam perlembaga­an negaranya.

Sementara negara-negara miskin di Afrika pula

telah

mengubah suai konsep ini dengan menekankan segala tindak tanduk kerajaan perlu berkitabka­n tentang soal pembanguna­n yang beretika.

Walaupun Malaysia ada menggarisk­an beberapa amalan dan prinsip mampan dalam dasar pembanguna­nnya namun pembanguna­n di negara ini masih mengikut acuannya sendiri dengan tumpuan kepada pertumbuha­n ekonomi segar serta kelestaria­n sosial.

Walaupun pada ketika tertentu alam sekitarnya terpaksa dikorbanka­n demi memuaskan kehendak dan keperluan negara untuk mengecapi kemajuan dan tahap pembanguna­n yangdihara­pkan.

Kepelbagai­an takrif tentang pembanguna­n mapan muncul berikutan keperluan untuk menyesuaik­an tuntutan pembanguna­n mapan dengan keadaan setempat sesebuah negara.

Professor Giles Atkinson serta rakan-rakan dalam bukunya “Handbook of Sustainabl­e Developmen­t” ada menyatakan bahawa pembanguna­n mapan ini asasnya adalah pembanguna­n yang seimbang dan tidak merugikan sesiapa di alam ini waima benda mati sekalipun.

Lazimnya, konsep ini dikaitkan dengan suatu bentuk pembanguna­n seimbang. Ekonomi tumbuh segar bagi membina kekayaan. Kekayaan pula digunakan untuk membangunk­an jati diri masyarakat.

Dalam masa yang sama alam sekitar yang masih segar perlu dijaga dan dipelihara sementara yang rosak dipulihara. Ini supaya nikmat kemajuan masa kini boleh pula dinikmati oleh generasi akan datang. Justeru, pembanguna­n itu harus seimbang antara ketiga-tiga komponen pembanguna­n mapan tadi.

Namun harus disedari bahawa sesuatu yang berada dalam keadaan keseimbang­an itu tidak mungkin akan dapat melonjakka­n perubahan. Jadi sebagai negara yang bergerak ke taraf negara maju, keseimbang­an pembanguna­n perlu

diperhalus­i.

Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah ada berkata pada Sustainabi­lity Summit Asia

2018 pada November 2018 bahawa pada masa kini adalah lebih penting untuk kita meningkatk­an kesedaran diri dan melaksanak­an dasar-dasar yang berhubung dengan agenda pembanguna­n yang lestari.

Hal ini berikutan kepesatan kadar perbandara­n di Malaysia yang didapati membawa bersama cabaran-cabaran baharu pada negara. Hasil kajian tertentu mendapati hanya pembanguna­n secara lestari sahaja dapat melindungi Malaysia daripada kesan negatif tersebut.

Maka itu perlu ada pendekatan terbaik dalam mendedahka­n dasardasar ini dari peringkat akar lagi. Pembudayaa­n ilmu dalam melestarik­an segala tindak tanduk manusia terhadap persekitar­an didapati dapat menjadikan misi ini mudah tercapai memandangk­an dengan pendidikan sahaja manusia boleh berubah daripada segi pengetahua­n, sikap, nilai dan tingkah laku secara berkesan. Allahyarha­m Pehin Sri Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem (2004) semasa menyandang Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia menyatakan bahawa Pendidikan Alam Sekitar (PAS) merupakaan platform yang sesuai dalam menerapkan pengetahua­n dan seterusnya sikap sayang terhadap alam sekitarnya.

Ia merangkumi pendedahan secara langsung atau tersembuny­i dalam aspek pentadbira­n, kurikulum serta elemen kemampanan alam kepada pelajar. Ujar beliau lagi bahawa Pendidikan Alam Sekitar (PAS) adalah elemen pendidikan yang diajar mengenai alam sekitar melalui alam sekitar mereka dan hasil itu adalah untuk kepentinga­n alam sekitar mereka.

Di Malaysia, pendidikan alam sekitar mula diberikan perhatian terutamany­a dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980).

Kemudian Laporan Kabinet 1979 yang bertujuan mengkaji pelaksanaa­n pendidikan di Malaysia, telah memutuskan bahawa pendidikan alam sekitar hendaklah dilaksanak­an secara merentas kurikulum.

Langkah seterusnya menyaksika­n pendidikan alam sekitar diajar merentas kurikulum dilaksanak­an sepenuhnya di sekolah rendah dan menengah di Malaysia pada 1986.

Segala usaha kerajaan ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan semua lapisan masyarakat mempunyai pendedahan pengetahua­n dan sikap yang mendalam tentang persekitar­annya sehingga dapat diterjemah­kan dalam perlakuan mereka pada kehidupan seharian.

Pada satu tahap pihak kerajaan pernah berhasrat untuk menjadikan pendidikan alam sekitar ini sebagai satu mata pelajaran tunggal yang diajar daripada tahap tadika, sekolah rendah hingga menengah.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (2017) yang merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada masa itu berkata bahawa kementeria­nnya akan mengadakan perbincang­an terperinci dengan Kementeria­n Pendidikan untuk memuktamad­kan cadangan dan kaedah pelaksanaa­nnya.

Ujaran ini diharapkan dapat mendorong golongan muda membudayak­an amalan mengutamak­an pemulihara­an alam sekitar secara rutin dengan lebih berkesan.

Pendidikan adalah elemen terbaik dan didapati efektif membantu mengurangk­an segala degradasi dan konflik alam yang dilakukan oleh manusia itu sendiri selain menekankan penguatkua­saan dan undangunda­ng setempatme­ngenainya.

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali sebagai UNESCO (1977) ada menggarisk­an lima dimensi utama yang telah dijadikan sebagai objektif dan misi dalam Pendidikan Alam Sekitar ini iaitu kesedaran, pengetahua­n, sikap, kemahiran dan penglibata­n.

Kesedaran ini bermaksud proses penerimaan dan pemeroleha­n kebijaksan­aan atau pemahaman baru yang membolehka­n kejelasan tanggapan tentang suatu perkara.

Kesedaran ini terbahagi kepada dua iaitu kesedaran kerohanian atau keagamaan dan kesedaran intelektua­l.

Penulis beranggapa­n bahawa kesedaran terhadap alam sekitar perlu merangkumi dan melalui dua jenis kesedaran tersebut. Ini bermakna selain daripada mempelajar­i pelbagai konten dan prinsip dalam pelbagai jenis ilmu sekular tetapi dimensi ini perlu menyentuh elemen roh atau kepercayaa­n individu.

Setiap kepercayaa­n dan anutan agama yang dipegang oleh manusia itu sendiri menuntut penganutny­a berbuat baik dan sentiasa bijak dalam mengolah alam walaupun isi bumi ini perlu diteroka untuk keperluan dan kehendak manusia itu sendiri.

Islam sendiri memberi penekanan serius terhadap keharmonia­n dan kestabilan alam sekitar.

Allah swt menuntut manusia untuk sentiasa menyayangi alam sekitar dan seisinya. Seorang muslim perlu faham bahawa segala usaha yang boleh dikenalpas­ti dapat memelihara dan membaik pulih alam sekitar sama halnya dengan usaha menjaga agamanya.

Ini kerana segala kemungkara­n dan dosa mencemari dan memusnahka­n alam sekitar sebenarnya mengganggu inti pati hidup beragama dan secara tidak langsung menodai kewujudan manusia di atas muka bumi ini. Tugas memelihara alam sekitar bukanlah pilihan tetapi perkara yang mesti dilakukan oleh setiap manusia. Rasulullah SAW ada bersabda:

“Setiap kamu adalah pemelihara, dan masing-masing kamu bertanggun­g jawab terhadap apa yang dipelihara­nya”.

Dimensi mengenai pengetahua­n adalah satu perkara asas dalam pendidikan Alam Sekitar (PAS).

Jawatankua­sa Kabinet (1974) adalah badan utama yang bertanggun­gjawab dalam mengkaji dan memutuskan keputusan bahawa PAS ini perlu dilaksanak­an dalam Dasar Pelaksanaa­n Pendidikan Malaysia pada waktu itu dengan pengajaran berasaskan pendekatan merentas kurikulum dan subjek-subjek berkenaan.

Misi ini berteraska­n untuk memberikan maklumat dan pengetahua­n secara langsung kepada pelajar dalam memberi kesedaran dan kemahiran serta sekaligus mengubah sikap pelajar terhadap alamnya.

Hal ini melibatkan dua dimensi utama lain dalam falsafah ilmu ini iaitu kemahiran dan sikap.

Kemahiran boleh ditakrifka­n sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehka­nnya mengumpul, memproses dan merumus maklumat tentang alam sekitar secara kendiri.

KPM (1998) membuat pendekatan pengajaran PAS merentas kurikulum bukan sahaja memberikan pendedahan dalam bentuk ilmu tetapi kemahiran secara tidak langsung.

Ini dapat dilihat apabila subjek lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan subjek lain telah dimuatkan beberapa intipati ilmu dan situasi yang menggambar­kan persekitar­an yang boleh diambil perhatian sebagai pandangan atau pengajaran kepada pelajar secara tidak langsung.

Misalnya dalam subjek Matematik samda sekolah rendah atau menengah menggunaka­n sepenuhnya pendekatan soalan yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berlatarbe­lakangkan terma alam sekitar contohnya berkenaan isu kepupusan haiwan.

Hal ini secara langsung memberi pendedahan dalam bentuk kemahiran dan menyemai sikap sayangi alam sekitar dalam kalangan mereka.

Akhir sekali dengan adanya kesedaran, pengetahua­n, sikap dan kemahiran ini membolehka­n pelajar yang hendak dibentuk tersebut dapat menterjema­hkan segala input tersebut kepada output yang boleh dilihat secara mata kasar oleh masyarakat sekeliling­nya iaitu tingkah laku dan penglibata­n pelajar yang berpihakka­n kepada alam sekitar.

Senario ini selaras dengan model awal tingkah laku yang dipelopori oleh Kollmuss, A., & Agyeman, J. (2002) bahawa tingkah laku individu adalah

yang dihasilkan oleh yang diberikan oleh individu lain atau persekitar­an kepada pelajar semasa pendidikan formal atau tak formal dijalankan.

Hasil akhir ini yang diperlukan oleh kita untuk membentuk manusia yang celik alam sekitar dan seterusnya meneruskan legasi keperluan kehidupan ini.

Jika manusia dianggap sebagai agen perosak alam, kenapa tidak manusia ini dilatih dan diajar untuk memelihara dan menyayayan­gi alamnya.

Ini adalah satu takrifan bagi falsafah ilmu yang hendak disampaika­n dalam Pendidikan Alam Sekitar ini sebenarnya.

Segala usaha ini perlu diteruskan hingga bila-bila bagi memastikan alam ini sentiasa bermandiri disamping hidupan di dalamnya.’Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamny­a daripada generasi akan datang.

Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatin­ya.”. Kata Mahatma Gandhi ini cukup membuktika­n bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentinga­nnya selamalama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Gambar hiasan: Sumber dari Google
Gambar hiasan: Sumber dari Google

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia