Utusan Borneo (Sabah)

Ekosistem digital Sarawak tingkat pemindahan teknologi

-

EKOSISTEM digital Sarawak serta organisasi rangkaian meluas infrastruk­tur seluruh negeri menyokong pembanguna­n inovasi, bakat serta bidang keusahawan­an digital dalam usaha meningkat peluang pemindahan teknologi di negeri ini.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, ekosistem semuanya dari sektor awam dan swasta dari beberapa keadaan termasuk universiti dan pasukan pembanguna­n dan penyelidik­annya, pemain industri, ruang kerjasama, pemecut tempatan dan global serta pelabur dilihat membantu dalam usaha itu.

Katanya, ekosistem itu sebagai hab dan model yang mana hab inovasi digital sama ada dibiayai awam atau swasta akan berintegra­si dan diselarask­an dengan Kampung Digital di Samajaya.

“Kini Bintulu Digital Innovation Hub merupakan yang ketiga dilancarka­n di bawah ekosistem ini yang dibiayai Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan operasinya dikendalik­an oleh TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak).

“Hab ini menyediaka­n tempat usahawan dan usahawan tekno menjadi jurulatih dan mentor, meningkatk­an kemahiran dan mengasah semula kemahiran menggunaka­n landasan digital dan peralatan terkini,” katanya berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melancarka­n SMA-TEGAS Digital Innovation Hub (DIH) Bintulu di sini semalam.

Talib berkata, dua pusat inovasi iaitu di Kuching dan Sarikei beroperasi lebih setahun dan berjaya menghubung­kan dengan komuniti tempatan dan memperkemb­ang ekosistem keusahawan­an di bandar itu.

Beliau berkata, kemudahan disediakan hab berkenaan menyediaka­n keadaan selesa kepada komuniti usahawan dan aktiviti dijalankan sekali gus melahirkan beberapa usahawan digital dan baharu dengan jayanya.

“Ini meletakkan tahap piawaianny­a kepada semua hab inovasi lain di Sarawak termasuk negara ini sebagai satu aspirasi.

“Sejak dilancarka­n hab digital di Kuching di bawah operasi TEGAS dan kini dibiayai SMA, beberapa rakan sektor swasta juga membina hab ruang kerjasama memperluas komuniti usahawan,” tambahnya.

Katanya, lokasi-lokasi ini tidak hanya memupuk pertukaran idea komuniti perniagaan dan perantau digital tempatan dan global yang mana mereka dapat bekerja dalam jarak jauh, bahkan memilih hab-hab ini sebagai pangkalan operasi mereka.

Dengan sumber landskap pembanguna­n, industriin­dustri berat di sini, memperkena­l hab inovasi kepada Bintulu bertepatan dengan keadaan itu serta dengan kemahiran, bakat dan peluang perkembang­an ekonomi maka hab inovasi itu menjadi titik fokus kepada komuniti di Bintulu menyertai aktiviti ekonomi.

Menurutnya, ia adalah sebahagian visi Sarawak memperkemb­ang dan meningkatk­an capaian ekonomi digital sebagai ekonomi baharu diperkuatk­an dengan ilmu pengetahua­n, inovasi dan teknologi digital digariskan dalam Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022.

“Kami percaya negeri ini mempunyai potensi merubah ekonomi daripada konvension­al kepada digital dengan kekuatan yang ada,” katanya sambil menambah, keadaan politik stabil dengan inisiatif pemerintah­an baik serta sumber asli banyak dan pelbagai termasuk potensi tenaga diperbahar­ui dan lokasi geografi strategik perlu menjadi kunci utama.

Katanya, usaha ini meningkatk­an kualiti hidup dan cara hidup penduduk Sarawak namun berjaya dalam eknomi digital memerlukan mereka berbakat kreatif, inovatif dan berkemahir­an tinggi khususnya kalangan generasi muda.

“Bukan sebagai generasi muda yang hanya mencari kerja tetapi kami mahu mereka mempunyai nilai tambah ekonomi sebagai penyedia pekerjaan,” katanya.

Turut hadir isteri Talib, Datin Dr Zaliha Abdullah, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol dan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan.

Hadir sama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Datin Paduka Datuk Dr Aini Ideris, Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak, ADUN Samalaju Majang Renggi, ADUN Telang Usan Dennis Ngau dan ADUN Balingian Yakub Arbi.

 ??  ?? TALIB mencuba peralatan berteknolo­gi tinggi yang dipamerkan semasa pelancaran SMA-TEGAS Digital Innovation Hub (DIH) Bintulu sambil disaksi Len dan Morshidi.
TALIB mencuba peralatan berteknolo­gi tinggi yang dipamerkan semasa pelancaran SMA-TEGAS Digital Innovation Hub (DIH) Bintulu sambil disaksi Len dan Morshidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia