Utusan Borneo (Sabah)

Subsidi tiket kapal terbang kepada pelajar IPT ringankan beban pelajar

-

LIMBANG: Pemberian subsidi untuk membeli tiket kapal terbang kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) balik ke Sarawak dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Labuan ketika musim perayaan dapat meringanka­n beban pelajar di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Inisiatif Graduan Pulang Sarawak 2019 diluluskan Abang Johari pada sesi Town Hall Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 di Kuala Lumpur.

Pada acara itu, katanya para pelajar IPT dari Sarawak memohon subsidi tiket kapal terbang untuk balik ke Sarawak semasa musim perayaan.

“Ketua Menteri telah meluluskan inisiatif bagi meringanka­n beban pelajar Sarawak untuk membeli tiket penerbanga­n balik bermula musim perayaan Tahun Baru Cina 2019,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hockien Limbang di Dewan Suarah Limbang malam Sabtu.

Turut hadir isteri Awang TengahDatu­kDayangMor­liah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata setiap pelajar layak memohon subsidi ini dua kali sahaja setahun.

Pemohon katanya, perlu mengemukak­an bukti pembelian tiket penerbanga­n, dokumen akses memasuki pesawat (boarding pass) dan surat pengesahan sebagai pelajar IPT.

“Inilah bukti keprihatia­n kerajaan negeri yang dipimpin GPS diterajui Abang Johari.

“Kita mempunyai perjuangan memenuhi aspirasi orang Sarawak dan memastikan kekayaan negeri ini dinikmati rakyat Sarawak sendiri,” ujarnya.

Beliau menjelaska­n bahawa Sarawak terus mencatat peningkata­n dari segi pendapatan yang membuktika­n ekonomi kukuh selain tadbir urus kerajaan baik sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia