Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Terbuka TBC PDP disambut penuh meriah

-

BINTULU: Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) disambut meriah apabila dihadiri lebih 10,000 penduduk pelbagai kaum di sini pagi Ahad.

Majlis itu dihadiri Menteri di Jabatan Ketua Menteri( Integriti dan O m b u d s m a n) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jepak Datuk Talib Zulpilip mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir isteri Talib, Datin Dr Zaliha Abdullah. Majlis diserikan dengan kehadiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.

Menyambut ketibaan tetamu Presiden PDP merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan isterinya, Datin Esther Tiong.

Hadir sama Adun Samalaju Majang Renggi, Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Michael Tiang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Soo Li Ching, Temenggung Datuk Barry Yek, Pemanca Datuk Dr Francis Toh, Penghulu Datuk Chai Shong Phian, Presiden Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu Hii Toh Him serta ahli-ahli Majlis Tertinggi PDP.

Selain jamuan dan pemberian angpau, orang ramai turut dihiburkan dengan pelbagai persembaha­n tarian dan nyanyian.

Rumah Terbuka TBC PDP setiap tahun diadakan oleh Tiong bagi berkongsi perayaan dan kegembiraa­n dengan penduduk di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia