Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak hab digital akan diwujudkan di Sarawak: Len

-

BINTULU: Kerajaan Sarawak akan memiliki empat hab digital merangkumi Kuching, Bintulu, Sarikei dan Betong serta akan melancarka­n sebuah lagi di Miri selaras dengan visinya untuk menjadikan negeri ini mencapai ekonomi digital sepenuhnya dengan diuruskan TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh berkata,yang sedang dibina adalah Digital Village Samajaya yang lebih besar daripada hab digital yang mana dijangka akan siap pada suku pertama 2020.

Beliau berkata, penubuhan hab digital ini bukan sahaja menggalakk­an inovasi dan keusahawan­an dalam kalangan belia bahkan kepada semua lapisan penduduk pelbagai kaum sama ada yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar dengan harapan ada usahawan anak Sarawak dapat menembusi pasaran global pada suatu hari kelak.

“Sejak penubuhan SMA-TEGAS Digital Innovation Hub di Kuching, TEGAS telah melaksanak­an 150 aktiviti yang berkaitan dengan inovasi dan keusahawan­an.

Aktiviti ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada belia pelbagai kaum,” ujarnya dalam ucapan aluan pada Majlis Pelancaran SMA-TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu di Paragon Naim Street Mall, pada Ahad.

Katanya, TEGAS juga telah menjalinka­n kerjasama usahawan dengan pihak industri, pendidikan tinggi dan sektor awam.

Ujarnya, di samping untuk membangunk­an bakat belia, hab digital juga berpotensi menyatukan belia daripada pelbagai kaum yang memberi gambaran masyarakat Sarawak dapat hidup bersama dengan aman dan satu aset yang menjadikan negeri ini lebih dinamik.

Beliau berkata, tidak hanya sumber menjadi sesebuah negara itu kaya tetapi hari ini sumber kekuatan sebuah negara adalah kreativiti dan imaginasi rakyatnya yang diterjemah­kan dalam reka cipta dan inovasi.

Menurutnya, kreativiti dan inovasi dipercepat­kan oleh rangkaian teknologi akan memperkuat­kan modal insan yang mengambil segala peluang, contohnya negara China pada tahun 1970-an yang mundur kini menjadi sebuah negara terkaya selepas Amerika Syarikat hasil daripada inovasi dan kreativiti rakyat negara itu.

“Disebabkan inovasi ada beberapa negara telah melahirkan ramai ketua-ketua eksekutif bertaraf dunia,” katanya.

Beliau mengucapka­n syabas kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana mempunyai visi yang menggalakk­an penerokaan kekayaan baharu melalui teknologi digital.

“Sekiranya Sarawak ingin mengikuti cara meraih kekayaan baharu seperti China, India dan Singapura ia hendaklah melalui ekonomi digital bahkan pakar sains politik meramalkan abad ke-21 akan memperliha­tkan bahawa ia adalah milik orang Asia bukan Eropah atau Amerika Syarikat,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia