Utusan Borneo (Sabah)

Kejadian menimpa 47 rakyat Malaysia di Kemboja harus dijadikan pengajaran

-

PUSA: Kejadian menimpa 47 rakyat Malaysia di Kemboja barubaru ini harus dijadikan pengajaran kepada belia dan ibu bapa di negeri ini.

Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohari Abdul Karim berkata, golongan belia khasnya mesti sentiasa berwaspada apabila menerima tawaran bekerja khususnya dari luar negara.

“Ibu bapa juga perlu menyiasat terlebih dahulu sebelum melepaskan anak-anak bekerja lebih-lebih lagi kalau tawaran berkenaan datang daripada sumber yang tidak kukuh.

“Kita tidak mahu golongan belia kita dijadikan kambing hitam untuk menjalanka­n aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti sindiket perjudian, pelacuran dan pemerdagan­gan manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Pesta Angpau Sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Dewan SJKC Chung Hua Pusa malam Sabtu lepas.

Menurut Rohani, perkara seperti ini tidak harus berulang dan perlu dijadikan peringatan kepada golongan muda.

Rohani turut mengucapka­n tahniah kepada Kerajaan Sarawak yang telah bekerja keras untuk membawa pulang anak Sarawak yang menjadi tahanan di Kemboja.

Dalam majlis berkenaan, beliau menyampaik­an sumbangan berupa beg keperluan asas dan wang tunai kepada 20 penerima terdiri daripada warga emas dan golongan yang memerlukan.

Rohani juga mengumumka­n peruntukan tambahan RM100,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Chung Hua bagi pembinaan Dataran Kejat di hadapan sekolah berkenaan.

Majlis anjuran Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar itu turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Pengurusan SJKC Chung Hua Pusa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Chung Hua, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pusa dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n (JKKK) Kampung Pasar Pusa.

Hadir sama wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beting Maro Mohiden Bolhassan, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Datuk Lim Kian Choon, ketua-ketua masyarakat dan penduduk setempat.

 ??  ?? ROHANI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Makan Malam dan Pesta Angpau sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Pusa.
ROHANI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Makan Malam dan Pesta Angpau sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Pusa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia