Utusan Borneo (Sabah)

Bot tunda tempatan ditahan

Dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Sepirak menuju Kampung Malubang Pitas

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN BOT tunda yang ditahan Maritim Malaysia dalam Ops Pluto Timur di perairan Kudat.

KUDAT: Sebuah bot tunda tempatan ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sekitar 1.5 batu nautika dari Pulau Sepirak dekat sini pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Boon Chin Chau berkata, pihaknya menahan bot terbabit dalam Ops Pluto Timur kira-kira jam 3.40 petang.

Menurutnya, terdapat 11 kru termasukla­h sembilan

Pengarah Zon Maritim Kudat

warga Indonesia manakala dua warga Filipina semasa pemeriksaa­n dijalankan.

“Bot tunda berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Sepirak menuju Kampung Malubang Pitas dan disyaki beroperasi dengan menggunaka­n lesen yang tamat tempoh.

“Kesemua tangkapan dan bot diiring ke Jeti Awam Kudat untuk siasatan lanjut mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 danAktaImi­gresen1969/63,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan terus meningkatk­an lagi rondaan dan penguatkua­saan dari semasa ke semasa bagi membantera­s dan mengurangk­an perlanggar­an undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatk­an orang menghubung­i Malaysian Emergency Respond System (MERS 999) atau Pusat Operasi Maritim Kudat di talian 088611858 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah atau kejadian kemalangan yang berlaku di perairan negara.

“Kesemua tangkapan dan bot diiring ke Jeti Awam Kudat untuk siasatan lanjut mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1969/63. KOMANDER BOON CHIN CHAU

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia