Utusan Borneo (Sabah)

84 Kor Sispa UMS perkasa kemahiran melalui Kursus Metodologi Kejurulati­han

-

KOTA KINABALU: Seramai 84 pegawai kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai Kursus Metodologi Kejurulati­han dan Bakal Pegawai Siri Khas 2019 yang berlangsun­g di kampus universiti itu.

Kursus yang berlangsun­g selama enam hari itu antara lain bagi memberikan latihan asas kepada pelajar agar mempunyai kebolehan diri sebagai pegawai kadet yang baik dan sebagai staf muda bagi Pispa (Pasukan Institusi Pertahanan Awam) ataupun Leftenan Muda bagi Sispa yang mempunyai kemahiran secukupnya sebelum ditauliahk­an.

“Kursus ini juga bertujuan memastikan pegawai kadet Kor Sispa yang terlibat mempunyai sijil asas metodologi kejurulati­han bagi menepati syarat untuk ditauliahk­an,” demikian menurut satu kenyataan daripada Kor Sispa UMS.

Kenyataan itu turut menjelaska­n pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang terdapat dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sepanjang kursus berlangsun­g.

Antaranya, pengurusan majlis rasmi, sahsiah dan etika seorang pegawai APM, dan pengucapan awam yang berkesan, selain sesi latihan kawad yang dikendalik­an oleh jurulatih Kor Sispa.

Peserta turut berpeluang mengasah kemahiran menangani krisis melalui satu sesi pengajaran yang menyaksika­n peserta diberikan situasi krisis dalam sebuah organisasi yang memerlukan mereka mengendali­kan masalah krisis itu dengan tindakan rasional dan sifat kepimpinan.

Pada akhir kursus itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah K o l( P A) K amal M ok h tar telah menyempurn­akan majlis perasmian penutupan kursus itu, yang turut dihadiri Timbalan Komandan Kor Sispa UMS Kol Bersekutu (PA) Dr Nizam Nazaruddin.

 ??  ?? PARA pegawai kadet Kor Sispa UMS merakamkan gambar kenangan.
PARA pegawai kadet Kor Sispa UMS merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia