Utusan Borneo (Sabah)

Kemarau: Hutan di tiga jajahan berisiko tinggi kebakaran

-

PASIR PUTEH: Hutan di tiga jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang berisiko tinggi boleh berlaku kebakaran pada musim kemarau bermula dari sekarang.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Anwar Abu Bakar berkata sebahagian besar hutan di tiga jajahan itu mengandung­i tanah gambut yang mudah berlaku kebakaran dan sukar dikawal.

“Mulai sekarang anggota bomba dan penyelamat di kawasan itu diletakkan pada tahap berjaga-jaga selama 24 jam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Sepak Takraw Piala Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah di sini, malam Isnin.

Anwar berkata kejadian terbaharu berlaku di Beris Lalang di Bachok yang membabitka­n kawasan seluas 2.4 hektar bermula minggu lepas dan dapat dikawal sehingga Ahad.

Beliau berkata kebakaran itu berpunca daripada aktiviti membakar sampah menyebabka­n api cepat merebak ke kawasan sekitarnya termasuk membabitka­n ladang kelapa sawit.

“Orang ramai juga perlu berwaspada dengan tidak melakukan pembakaran pada waktu kritikal iaitu waktu tengah hari dan petang kecuali pada waktu pagi sebelum embun kering,” katanya.

Katanya, pihaknya akan membekukan cuti anggotanya di kawasan itu jika berlaku kebakaran yang lebih serius terutama jika berhampira­n kawasan penduduk. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia