Utusan Borneo (Sabah)

Agong saksikan pameran ‘The Monarch’

Pupuk kesedaran masyarakat kepentinga­n institusi beraja

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah pada Isnin berkenan berangkat menyaksika­n pameran ‘The Monarch’ yang diadakan di Galeri Prima, Balai Berita, Bangsar, di sini.

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar mencatatka­n nama baginda di buku pelawat galeri sebaik tiba kira-kira 11 pagi.

Baginda berdua seterusnya menyaksika­n seluruh pameran berkenaan, sebelum meneruskan lawatan ke Jabatan Pengarang New Straits Times Press (NSTP).

Pameran yang berlangsun­g sejak 2 Feb sehingga 20 Feb itu menampilka­n 81 gambar dan salinan artikel mengenai pemerintah­an beraja itu yang dianjurkan sempena meraikanpe­masyhuranS­ultan Abdullah yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lepas.

Lebih istimewa, pameran itu turut menyediaka­n bahagian khas yang hanya menampilka­n pameran berkaitan Sultan Abdullah.

Hadir sama mengiringi baginda berdua semasa lawatan itu ialah Pengerusi Media Prima Datuk Mohd Nasir Ahmad, Pengerusi NSTP Tan Sri Ismail Omar, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Mustapha Kamil Mohd Janor.

Pengurus Galeri Prima

Pameran yang dibuka secara percuma kepada orang ramai ini dibuka setiap hari, kecuali cuti umum, mulai pukul 10 pagi hingga 6.00 petang pada Isnin hingga Jumaat manakala 10 pagi hingga 5.00 petang pada hujung minggu.

Sementara itu, Pengurus Galeri Prima Azlin Aziz berkata selain bersempena pemasyhura­n Sultan Abdullah, pameran ini juga adalah untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran masyarakat kepentinga­n institusi beraja di negara ini.

“Kebanyakan pameran ini adalah dari arkib NSTP tetapi ada juga yang diambil dari Istana Negara dan Jabatan Penerangan Malaysia,”

“Kebanyakan pameran ini adalah dari arkib NSTP tetapi ada juga yang diambil dari Istana Negara dan Jabatan Penerangan Malaysia. AZLIN AZIZ

katanya.

Beliau berkata gambar bertarikh paling lama di dalam pameran ini ialah ketika pertabalan Yang diPertuan Agong pertama Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad bersama Raja Permaisuri Agong pada ketika itu, iaitu pada 4 Sept 1957. -Bernama

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan melihat gambar ayahanda Raja Permaisuri Agong, Almarhum Sultan Iskandar yang juga Yang di- Pertuan Agong ke - 8 pada pameran ‘The Monarch’ di Galeri Prima, Balai Berita Bangsar pada Isnin. Gambar Bernama
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan melihat gambar ayahanda Raja Permaisuri Agong, Almarhum Sultan Iskandar yang juga Yang di- Pertuan Agong ke - 8 pada pameran ‘The Monarch’ di Galeri Prima, Balai Berita Bangsar pada Isnin. Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia