Utusan Borneo (Sabah)

Segelintir pegawai di sempadan tidak berintegri­ti punca kemasukan dadah ke negara ini

-

KOTA BHARU: Pihak polis tidak menyangkal wujudnya sesetengah pegawai yang tidak berintegri­ti atau yang ‘lari daripada landasan’ menjadi punca kepada kemasukan pelbagai jenis dadah ke negara ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata selain itu, tindakan segelintir penduduk khususnya di sempadan yang menjadi tali barut kepada penyeludup menyebabka­n masalah dadah di negeri ini sukar dihapuskan.

Beliau berkata walaupun ada pelbagai agensi penguat kuasa di sempadan namun selagi wujudnya petualang seperti ini masalah dadah yang ada amat sukar dibanteras.

Jelasnya, kebanyakan kemasukan dadah ke sini melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) biasanya disembunyi­kan di dalam kontena besar dan amat sukar dikesan melainkan melalui maklumat, kamera litar tertutup (CCTV) dan alatalat bantuan pengesan yang digunakan.

Namun, sekiranya wujud pegawai yang tidak berintegri­ti sudah pasti dadah yang dibawa akan terlepas jua ke negara ini seterusnya memusnahka­n generasi akan datang di sini.

Hasanuddin berkata amat pentingsoa­lintegriti­ditekankan khususnya kepada pegawaipeg­awai yang bertugas di sempadan negara malah yakin sekiranya pegawai berkenaan penuh dengan integriti sudah pasti sebiji pil tidak akan terlepas ke sini.

Katanya, begitu juga soal keluar masuk sempadan negara yang mana ada individu melepasi pemeriksaa­n hanya dengan ‘angkat lima jari’ dengan alasan mahu ke pekan negara jiran.

“Untukrekod,dalamtempo­h lima tahun kebelakang­an ini kita membuat tangkapan seramai 81,000 penagih termasuk penagih berulang dan angka ini dilihat cukup besar.

“Tahun lepas sahaja seramai 17,000 penagih ditahan termasuk 110 daripadany­a adalah pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA). Sekiranya masalah ini berterusan mungkin akan menghancur­kan negara pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Karnival dan Forum Perdana Jihad Dadah di Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini, pada Isnin. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia