Utusan Borneo (Sabah)

Polis rampas dadah dalam peket minuman 3-1 bernilai lebih RM300,000

-

ALOR SETAR: Taktik seorang lelaki membungkus dadah di dalam peket minuman 31 gagal mengaburi mata pihak berkuasa selepas dia diberkas bersama-sama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM300,000 dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Seri Puyu, Jalan Suka Menanti di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah Supt Helmi Aris berkata suspek berusia 30 tahun itu diberkas pada kirakira 9 malam di perkaranga­n rumah berkenaan oleh pasukan JSJN negeri.

Dadah terbabit yang dipercayai jenis ketamin, syabu serta ekstasi dengan anggaran berat keseluruha­n lebih lima kilogram bernilai RM343,176 ditemukan di dalam satu beg kanvas di dalam rumah rumah itu, katanya pada sidang media, di sini pada Isnin.

Beliau berkata polis turut menyita sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz C350E dalam serbuan itu.

Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai kopi didapati positif dadah jenis ketamin namun tidak mempunyai rekod lampau, katanya, menambah lelaki tersebut direman sehingga 23 Feb ini.

Menurutnya siasatan awal mendapati dadah terbabit dijual di pusat hiburan yang menjadi tumpuan remaja.

“Maklumat yang diperoleh mendapati peketpeket tersebut dijual pada harga RM160 sepeket. Kita masih menyiasat dari mana suspek mendapat bekalan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia