Utusan Borneo (Sabah)

JPNJ, PDRM teruskan kerjasama cegah pembabitan pelajar dalam salahguna dadah dan jenayah

-

BATU PAHAT: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan meneruskan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilihat sebagai mekanisme terbaik bagi mencegah pembabitan pelajar dalam penyalahgu­naan dadah dan kegiatan jenayah.

Timbalan Pengarah JPNJ Azman Adnan berkata melalui kerjasama terbabit, Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS) yang dilantik dari kalangan pegawai polis akan membantu dalam memantau kes salah laku pelajar.

Katanya, setiap sekolah akan mempunyai seorang PPS dan pihaknya berharap pegawai berkenaan dapat mengunjung­i sekolah dengan seberapa kerap yang mungkin, sekaligus memberikan nasihat dan panduan kepada pelajar, terutama ketika perhimpuna­n sekolah.

“PPS ini juga boleh menjadi sumber rujukan pihak sekolah berkaitan undang-undang dan salah laku disiplin,” katanya ketika berucap pada Majlis Permuafaka­tan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan PDRM serta Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Johor di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat, di sini, pada Isnin.

Turut hadir Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Johor SAC Razimi Ahmad.

Menurut Azman, pihaknya serius untuk membantu segelintir pelajar yang terjerumus dalam kegiatan jenayah sekaligus memerlukan perhatian daripada semua pihak untuk menanganin­ya.

Katanya, dengan ada kerjasama pelbagai pihak termasuk membabitka­n PDRM dan pihak ibu bapa, masingmasi­ng dapat berperanan sebagai pembimbing dan pemudahcar­a di samping guru pula sebagai guru disiplin serta pendidik seperti dinyatakan dalam pekeliling.

“Aspek kemenjadia­n murid ini harus dilihat secara holistik dan menyeluruh daripada segi akademik, sahsiah, kokurikulu­m dan sukan selain bagi menarik minat murid ke sekolah, pendekatan dalam pengajaran dan pembelajar­an (PdP) haruslah menarik dan berkesan.

“Padamasasa­ma,kementeria­n juga telah melaksanak­an pelbagai inisiatif termasuk penerapan elemen pembelajar­an menyeronok­kan dengan konsep sekolah penyayang dan menangani isu keciciran murid,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia