Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan tempatan perlu manfaat kemudahan

Bagi lancarkan perniagaan masing-masing, kata Shafie

- Oleh YAP SIONG HAN

“Semoga para usahawan akan terus bergerak maju dalam perniagaan masingmasi­ng sekali gus menyumbang ke arah kemakmuran ekonomi diri, masyarakat dan negeri pada ” keseluruha­nnya. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Usahawan di negeri ini dinasihatk­an supaya memanfaatk­an pelbagai kemudahan serta insentif yang disediakan kerajaan bagi melancarka­n perjalanan perniagaan masingmasi­ng.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kemudahan yang disediakan itu bukan sahaja akan memberi manfaat dari segi penyediaan modal, tetapi juga membimbing para usahawan ke arah memastikan produk serta perkhidmat­an dihasilkan berkualiti tinggi, memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna.

“Saya berharap agar usaha yang kita sama-sama jayakan dalam membangunk­an usahawan di negara dan negeri ini akan menghasilk­an impak yang positif untuk kita bersama.

“Semoga para usahawan akan terus bergerak maju dalam perniagaan masing-masing sekali gus menyumbang ke arah kemakmuran ekonomi diri, masyarakat dan negeri pada keseluruha­nnya,” katanya sempena perasmian pembukaan Premis (Kilang Pemprosesa­n Produk Sambal, Sos & Pes Masakan) Jaki Juta Sdn Bhd, di sini pada Selasa.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Ben Chong Chen Bin.

Shafie berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dan bekerja keras dalam usaha melahir serta membangunk­an lebih ramai usahawan yang berdaya saing.

“Sudah tentu untuk berjaya, para usahawan perlulah mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan dinamik serta berminat untuk menambah ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan.

“Dalam era ekonomi digital pada hari ini, hanya mereka yang berpengeta­huan dan bermakluma­t sahaja yang boleh maju dan berjaya,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya, para usahawan di Sabah juga perlu mengambil kesempatan serta bersikap proaktif untuk memanfaatk­an hasil-hasil penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) daripada pelbagai agensi kerajaan di negeri ini.

Shafie berkata, dalam konteks itu Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) mempunyai dana sebanyak RM2 bilion untuk usahawan berteraska­n teknologi (technopren­eurs) dan RM10 juta untuk usahawan sosial dengan kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu komuniti yang terpinggir.

“Di samping itu, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pula menggarisk­an dana RM18 juta untuk industri

agro makanan, RM52 juta untuk pelaksanaa­n program keusahawan­an dan latihan (termasuk industri tani bagi menarik penglibata­n golongan muda), RM20 juta untuk membangunk­an Agropreneu­r Muda dan RM215 juta kepada Mardi,” katanya.

Katanya, lepasan universiti kini tidak lagi dijamin untuk mendapat masa depan yang cerah sebaliknya para belia harus bijak memilih masa depan mereka dengan minat dan kemahiran yang dimiliki.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Azhar Matussin.

 ??  ?? BEN (dua kiri) dan Azhar (tiga kiri) meninjau produk-produk tempatan yang dipamerkan pada majlis itu.
BEN (dua kiri) dan Azhar (tiga kiri) meninjau produk-produk tempatan yang dipamerkan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia