Utusan Borneo (Sabah)

Pencuri kayu berjaya diberkas

Dipercayai aktif mencuri kayu di hutan simpan

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Seorang suspek yang dikehendak­i kerana disyaki aktif dalam kegiatan mencuri kayu di hutan simpan berjaya ditangkap di Hutan Simpan Pulau Timbun Mata, di sini, kira-kira jam 3.30 pagi Isnin.

Kejayaan itu susulan penahanan dua lelaki tempatan berumur 46 dan 55 tahun menerusi Operasi Bersepadu melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Perhutanan Semporna.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata operasi berkenaan dijalankan untuk membantera­s kegiatan mencuri kayu di kawasan hutan simpan terbabit.

“Kita merampas 20 batang kayu bergergaji berlainan saiz yang disyaki dicuri oleh kedua-dua suspek dari kawasan hutan simpan hasil daripada taktik operasi yang kita jalankan.

“Operasi yang dijalankan ini berpanduka­n kepada maklumat Unit Risikan Marin (URM) PPM Semporna dan disertai seorang pegawai serta lima anggota dari kedua-dua agensi,” katanya.

Turut dirampas satu gelen tong minyak merah, sebuah perahu dan satu enjin sangkut Yamaha Enduro berkapasit­i 40 kuasa kuda melibatkan nilai rampasan keseluruha­n sebanyak RM17,340.

Pajeri berkata suspek dan barang kes terbabit ditahan berdasarka­n Seksyen 30 (1) (g) Enakmen Perhutanan 1968, kerana disyaki memiliki satu keluaran hutan tanpa royalti kepada kerajaan.

“Jika sabit kesalahan, kedua-dua suspek boleh menerima hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan tidak kurang dari lima tahun atau denda tidak melebihi RM500,000,” katanya.

Beliau berkata kesemua tangkapan suspek dan rampasan barang di dalam kes berkenaan sudah dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan susulan.

 ??  ?? SALAH seorang daripada tahanan dikenal pasti sebagai suspek yang sudah lama dikehendak­i kerana disyaki bergiat aktif dalam aktiviti curi kayu di hutan simpan.
SALAH seorang daripada tahanan dikenal pasti sebagai suspek yang sudah lama dikehendak­i kerana disyaki bergiat aktif dalam aktiviti curi kayu di hutan simpan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia