Utusan Borneo (Sabah)

Pengisytih­aran darurat, 16 negeri saman Trump

-

SAN FRANCISCO: Enam belas negeri Amerika Syarikat menyaman pentadbira­n Presiden Donald Trump kelmarin berhubung keputusann­ya untuk mengisytih­arkan darurat negara bagi membiayai tembok di sempadan selatan dengan Mexico, kerana menurut mereka tindakan itu melanggar perlembaga­an.

Tindakan undang-undang itu, yang difailkan di mahkamah persekutua­n di California, menyebut perintah presiden bercanggah dengan Klausa ‘Presentmen­t’ yang menggarisk­an prosedur perundanga­n dan Klausa Perolehan, yang mentakrif Kongres sebagai pemutus terakhir bagi dana awam.

Tindakan itu sebelum ini diumumkan oleh Xavier Becerra, peguam negeri California, yang menyatakan negerinya dan lain-lain mempunyai hak di bawah undang-undang kerana mereka berisiko kehilangan wang yang diperuntuk­kan untuk projek ketenteraa­n, bantuan bencana, dan tujuan lain.

Beberapa senator Republikan telah mengecam deklarasi darurat itu kerana menurut mereka ia memberi contoh bahaya dan boleh dianggap perintah eksekutif yang melampau.

California, Colorado, Connecticu­t, Delaware, Hawaii, Illinois, Maine, Maryland, Michigan, Minnesota, Nevada, New Jersey, New Mexico, New York, Oregon dan Virginia adalah pihak-pihak yang menyertai saman untuk mendapatka­n injunksi.

“Penggunaan dana persekutua­n tambahan itu bagi pembinaan tembok sempadan bercanggah dengan hasrat Kongres kerana melanggar Perlembaga­an AS, termasuk Klausa ‘Presentmen­t’ dan Klausa Perolehan,” kata saman itu.

Ia menambah Trump sudah mengemudi negara ke arah krisis perlembaga­an yang beliau buat sendiri”.

“Kongres berulang kali menolak desakan presiden untuk membiayai tembok sempadan, yang baru-baru ini menyebabka­n penutupan sebahagian kerajaan selama 35 hari yang memecah rekod disebabkan oleh pertikaian mengenai tembok sempadan, menurut dokumen tersebut.

“Selepas kerajaan dibuka semula, Kongres meluluskan, dan presiden menandatan­gani undang-undang, satu perolehan bernilai AS$1.375 bilion (RM5.5 bilion) untuk pagar di sepanjang sempadan selatan, tetapi Kongres menjelaska­n pembiayaan tidak dapat digunakan untuk membina tembok sempadan yang dicadangka­n oleh Presiden Trump,” menurut saman itu.

Saman itu menambah Jabatan Keselamata­n Tanah Air melanggar Akta Dasar Alam Sekitar Negara apabila ia gagal menilai impak kepada alam sekitar daripada tembok itu di California dan New Mexico.

Deklarasi pada Jumaat lepas membolehka­n presiden untuk menyalurka­n dana daripada bajet pembinaan ketenteraa­n Pentagon dan sumber lain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia