Utusan Borneo (Sabah)

RM8.342 bilion hasil tahun lepas

Pendapatan pelanconga­n Sabah rekod jumlah tertinggi dalam sejarah

-

TAWAU: Industri pelanconga­n Sabah tahun lepas merekodkan hasil tertinggi dalam sejarah dengan jumlah sebanyak RM8.342 bilion.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, jumlah kedatangan pelancong turut mencatatka­n rekod tertinggi iaitu seramai 3.879 juta pelancong.

Menurutnya, statistik yang direkodkan Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) menunjukka­n jumlah kedatangan pelancong meningkat 5.3 peratus sepanjang 2018 dan hasil pelanconga­n turut meningkat 6.6 peratus berbanding RM7.82 bilion pada 2017.

Beliau berkata secara keseluruha­n, rekod kedatangan pelancong antarabang­sa meningkat sebanyak 10.2 peratus manakala peningkata­n 2.8 peratus bagi ketibaan domestik.

“Negara China melangkaui paras setengah juta ketibaan pelancong dengan rekod seramai 593,623 pelancong China datang ke Sabah tahun lepas.

“Sehingga Disember 2018, penerbanga­n terus dari China ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) merekodkan jumlah sebanyak 125 penerbanga­n seminggu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Christina berkata, pelancong dari Korea Selatan mencatatka­n jumlah kedua tertinggi dengan peningkata­n sebanyak 8.5 peratus melibatkan seramai 337,100 pelancong.

Menurutnya, pasaran negara Singapura juga menunjukka­n peningkata­n iaitu sebanyak 9.1 peratus tahun lepas.

“Saya amat berbangga dengan prestasi yang dicapai industri ini tahun lepas dan ia adalah tahun terbaik buat Sabah.

“Setakat ini, kita berhubung dengan 26 destinasi antarabang­sa menerusi 12 penerbanga­n asing.

“Justeru, kita akan menekankan lebih banyak pelanconga­n domestik ke Sabah memandangk­an banyak kawasan pelanconga­n dibuka di negeri ini untuk pelanconga­n,” jelasnya.

Beliau berkata, setiap minggu sebanyak 444 penerbanga­n yang menghubung­kan Semenanjun­g, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan tiba ke Sabah meliputi kapasiti hampir 75,000 tempat duduk.

“Negara China melangkaui paras setengah juta ketibaan pelancong dengan rekod seramai 593,623 pelancong China datang ke Sabah tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia