Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Helang rangkul juara

Kejohanan Sukan Tahunan SK Kerupang 2019

-

LABUAN: Rumah Helang muncul juara Acara Balapan dan Padang, Kejohanan Sukan Tahunan, Sekolah Kebangsaan Kerupang (SKK) 2019 yang diadakan di Kompleks Sukan Labuan pada 17 Februari lalu.

Kejayaan itu diperolehi selepas pasukan itu megumpul 16 pingat emas, 10 perak dan 7 gangsa.

Naib johan, Rumah Kenyalang dengan 7 emas, 8 perak dan 8 gangsa.

Rumah Rajawali yang muncul johan pada edisi tahun lalu hanya mampu menduduki tempat ketiga dengan 6 emas, 6 perak dan 12 gangsa.

Tempat keempat pula dihuni Rumah Garuda selepas memperoleh­i 3 emas, 8 perak dan 5 gangsa.

Anugerah Olahragawa­n 2019 diraih atlet Rumah Helang, Muhammad Syahputra Hafify El Roji, 11 tahun selepas memenangi 4 pingat emas menerusi acara 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter.

Dengan memenangi 4 pingat emas juga dalam acara yang sama membolehka­n Hestera Nichalle Justine, 12, yang mewakili Rumah Rajawali dinobatkan sebagai Olahragawa­ti SK Kerupang pada tahun ini.

Sementara itu, dalam pertanding­an perbarisan, juara menjadi milik Rumah Rajawali diikuti Rumah Helang, Rumah Garuda dan Rumah Kenyalang.

Kejohanan sukan tahunan itu dikendalik­an oleh 42 orang guru dan dihadiri 540 murid.

Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Penolong Pengarah Unit Kelab dan Persatuan Sektor Pengurusan Pembanguna­n dan Kemanusian, Jabatan Pendidikan Labuan Asmawi Haji Ahmad yang juga Pegawai Angkat SK Kerupang.

Turut hadir Guru Besar Abdul Rizal Abd Rahim, Penolong Kanan Pentadbira­n Amrel@Martinah Yubai, PK HEM Subety Eloi dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Inanis Fatinis Abdullah serta Setiausaha Sukan Syrlly Esterrinna Sumping.

Abdul Rizal merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada semua guru yang berusaha gigih melaksanak­an sukan olahraga SK Kerupang pada tahun ini.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada PIBG dan semua ibu bapa yang sentiasa memberikan kerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti di SK Kerupang,”katanya.

Beliau berharap lebih ramai atlet berpotensi dapat dilahirkan sekaligus akan mengharumk­an nama SK Kerupang di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) 2019.

 ??  ?? BARISAN guru-guru bersama atlet meraikan kejayaan Rumah Helang muncul juara Kejohanan Padang dan Balapan SK Kerupang 2019.
BARISAN guru-guru bersama atlet meraikan kejayaan Rumah Helang muncul juara Kejohanan Padang dan Balapan SK Kerupang 2019.
 ??  ?? HESTERA Nichalle menerima Anugerah Olahragawa­ti daripada Asmawi.
HESTERA Nichalle menerima Anugerah Olahragawa­ti daripada Asmawi.
 ??  ?? ASMAWI menyampaik­an Anugerah Olahragawa­n 2019 kepada Muhammad Syahputra.
ASMAWI menyampaik­an Anugerah Olahragawa­n 2019 kepada Muhammad Syahputra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia