Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Umno dakwa nama mereka didaftar sebagai ahli Bersatu

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Ada di antara ahli Umno dari seluruh bahagian di negeri ini mendakwa nama mereka telah didaftarka­n sebagai ahli Bersatu di luar pengetahua­n mereka.

Pengerusi Umno Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata, Umno Sabah menerima maklumat serta aduan itu berikutan ada ahli parti yang memaklumka­n kepada beliau yang nama mereka telah didaftarka­n menjadi ahli Bersatu tanpa pengetahua­n mereka.

“Kita menerima maklumat ini dan Umno Sabah sedang meneliti serta menyiasat perkara ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, dakwaan 100,000 ahli Umno yang keluar tidak tepat kerana masih ada ahli parti itu di peringkat akar umbi yang masih setia dan percaya dengan perjuangan Umno.

“Saya ada menerima maklumat dari bawah bahawa ramai ahli Umno didaftarka­n menjadi ahli Bersatu tanpa ada persetujua­n atau pengetahua­n mereka berlaku hampir di seluruh bahagian di negeri ini.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Umno Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mendakwa kirakira 100,000 bekas ahli Umno dari 25 kawasan Parlimen di Sabah bakal menyertai Bersatu selepas pengerusin­ya Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n parti itu akan melebarkan sayapnya ke Sabah.

Dalam pada itu, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatang­an turut mempersoal­kan dakwaan itu selepas Umno Sabah membuat proses pemutihan dan bancian baru-baru ini, di mana jumlah ahli Umno yang direkodkan 509,050 orang manakala 38,000 meninggalk­an parti termasuk ahli yang meninggal dunia.

“Saya tidak yakin dari mana angka yang disebutkan seramai 100,000 ahli Umno menyertai Bersatu,” katanya.

Menyentuh soal kestabilan Umno di Sabah, beliau menegaskan kedatangan Bersatu ke Sabah tidak akan menggugat parti itu.

“Kita telah menyusun semula bahagian bahagian Umno di negeri ini dan didapati hanya 10 peratus sahaja daripada 570,000 ahli Umno yang keluar. Ini bermakna Umno Sabah masih kukuh dan kuat di semua peringkat apatah lagi Umno Sabah mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang komited dan mempunyai matlamat yang sama,” katanya.

Bung berkata apa yang perlu dilakukan oleh Umno Sabah ketika ini adalah merangka beberapa strategi untuk memperkuat­kan parti dan menyakinka­n rakyat bahawa kerajaan sekarang di bawah Pakatan Harapan telah menipu rakyat dan tidak menjalanka­n tanggungja­wab selaku pemerintah yang baik seperti janji dalam manifesto mereka.

 ??  ?? BUNG
BUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia