Utusan Borneo (Sabah)

Jamawi patut berterima kasih kepada Dr M, bukan serang

-

KOTA KINABALU: Kenyataan media Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar terhadap Perdana Menteri pada Isnin agak mengejutka­n.

Mantan Ketua Pemuda Umno Papar Dato’ Armizan Mohd Ali berkata dalam keberanian Jamawi mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, banyak intipati kenyataan media beliau menarik perhatian untuk diulas.

Beliau yang juga mantan Exco Pemuda Umno Malaysia berkata Jamawi mendakwa Dr Mahathir melaksanak­an politik ‘pecah dan perintah’ di Sabah sejak tahun 1981 dan mengulangi­nya semula dengan kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke negeri ini.

Dalam banyaknya hujah beliau yang boleh dipertikai­kan, buat kali ini, Armizan memilih untuk menyentuh dua perkara utama.

Pertama, katanya, sebagai pemimpin parti Warisan, perkara paling afdal yang perlu dilakukan oleh Jamawi adalah untuk mengucapka­n setinggiti­nggi terima kasih kepada Tun Dr Mahathir selaku pemimpin utama Pakatan Harapan (PH).

“Ini kerana, sekiranya tidak berlaku perubahan tampuk pemerintah­an Kerajaan Persekutua­n pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Kerajaan Negeri Sabah hari ini tidak akan terbentuk.

“Saya cukup yakin, sekiranya Kerajaan Persekutua­n masih kekal diterajui BN, AdunAdun yang terlibat bertanding mewakili BN dari parti Upko dan Umno (termasuk Jamawi) tidak akan melompat ke parti Warisan sehingga membolehka­n terbentukn­ya Kerajaan Negeri yang baharu.

“Kalau ditanya hari ini sudah pasti Adun-Adun yang berkenaan menafikan, tetapi hakikatnya itulah faktor utama ‘penghijrah­an’ mereka setelah kesemuanya secara berjemaah menyokong pelantikan Tan Sri Musa Aman sehingga ke saat upacara angkat sumpah selesai,” katanya.

Katanya pasti Jamawi tidak lupa kenyataan berbaur amaran yang dikeluarka­n Dr Mahathir di awal kemelut pelantikan Ketua Menteri Sabah.

Maka, beliau perlu mengucapka­n terima kasih kepada Dr Mahathir dan bukan menyerang beliau.

Armizan mempersoal­kan, kalau mengikut logik Jamawi, adakah bantuan dan sokongan Dr Mahathir kepada Warisan hingga berkuasa dan menumbangk­an Umno pada PRU14 juga salah satu stretagi politik pecah dan perintah di Sabah?

Kedua, tambahnya, Jamawi juga mengaitkan Umno dalam gerakan politik pecah dan perintah sejak zaman Usno pada tahun 1976.

“Respon saya ringkas, kalau benar sekalipun tuduhan Jamawi, adalah amat malang kerana beliau baru menyedari perkara ini dalam tempoh sembilan bulan berada dalam parti Warisan. Tempoh yang amat singkat berbanding berpuluh tahun lamanya beliau berada dalam parti Umno sekali gus mendukung agenda politik pecah dan perintah Dr Mahathir dan Umno, sebagaiman­a dakwaannya.

 ??  ?? ARMIZAN
ARMIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia