Utusan Borneo (Sabah)

GURU BESAR PONTENG

PPD di seluruh negeri diminta buat pemantauan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Mistirine Radin mendedahka­n seorang guru besar di negeri ini dikesan ponteng dan makan gaji buta semenjak musim persekolah­an sesi 2019 dibuka.

Perkara itu diketahuin­ya hasil siasatan terhadap aduan yang diterima oleh pihaknya daripada beberapa wakil rakyat berhubung kelakuan pentadbir sekolah terbabit.

“Kita dapati aduan itu memang benar, guru besar itu ponteng dari 2 Januari sehingga 18 Februari, semakan kehadiran dalam Sistem Guru Online pula dia hadir bekerja.

“Jadi, saya fikir perkara itu sangat menyedihka­n, saya tidak tahu kalau guru besar itu sangat selesa makan gaji buta, (apabila) dapat gaji tetapi tidak bekerja,” katanya.

Perkongsia­n itu didedahkan­nya semasa berucap sempena Program Bicara Profesiona­l Peringat Negeri Sabah Zon Pantai Timur Dewan SJK(C) Yuk Chin di sini pada Rabu.

Mistirine akui kecewa kerana tindakan pendidik termasuk guru besar jika ponteng ke sekolah disifatkan­nya bagai menafikan hak murid untuk menjalani proses pendidikan.

“Kita menyeru guru dan pentadbir sekolah khususnya pengetua dan guru besar supaya hadir ke sekolah masing-masing, kecuali ada alasan yang munasabah (tidak hadir).

“Dalam kursus kepimpinan sekolah ada dinyatakan bahawa sesebuah sekolah yang maju itu dipimpin oleh pemimpin yang cemerlang bukannya yang tidak cemerlang.

“Jadi kita memerlukan pemimpin-pemimpin cemerlang yang berdisipli­n tinggi untuk memimpin sekolah-sekolah yang ada di seluruh Sabah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya berharap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di seluruh negeri untuk mengadakan pemantauan prestasi pengetua dan guru besar.

Menurutnya, pemantauan PPD penting kerana paling dekat dengan sekolah-sekolah dan perlu menjalanka­n siasatan secepat mungkin jika ada menerima maklumat.

“Kita berharap pengetua dan guru besar berdisipli­n kerana sebagai pemimpin, setiap sekolah amat memerlukan pemimpin yang bagus dan bersungguh-sungguh,” katanya.

Menyentuh kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa Sabah mencatatka­n jumlah paling ramai anak Bumiputera tanpa dokumen yang diterima masuk ke sekolah kerajaan, beliau menyifatka­nnya sebagai positif.

Mistirine berkata perkembang­an itu menunjukka­n pegawaipeg­awai pendidikan di Sabah sebagai prihatin untuk mengambil muridmurid di dalam kes sedemikian.

“Jika sebelum ini tidak bersekolah, tetapi sekarang mereka sudah boleh bersekolah, kita melihatnya sebagai positif selaras peruntukan undangunda­ng yang ada,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa yang mempunyai masalah dokumen anak tidak lengkap supaya merujuk kes mereka ke PPD berhampira­n untuk keterangan lanjut.

Terdahulu, Maszlee mendedahka­n seramai 2,635 kanak-kanak bermasalah dokumen Bumiputera diterima masuk ke sekolah semenjak Pakatan Harapan memerintah.

Daripada jumlah itu, seramai 1,961 murid direkodkan didaftarka­n di Sabah sekaligus menjadi negeri paling ramai menerima pendaftara­n murid dalam situasi kes berkenaan.

 ??  ?? MISTIRINE menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pentadbir sekolah di Zon Pantai Timur.
MISTIRINE menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pentadbir sekolah di Zon Pantai Timur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia