Utusan Borneo (Sabah)

Enam maut, dua kritikal kebakaran di pusat hiburan

-

IPOH: Enam termasuk tiga warga asing serta seorang yang belum dikenal pasti maut dalam kebakaran sebuah pusat hiburan di sini awal Rabu.

Kebakaran di tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah kira-kira 5.40 pagi tadi turut menyebabka­n dua kritikal sementara tujuh lagi selamat.

Mereka yang maut merangkumi empat lelaki iaitu Tai Chee Kin, 37; Lau Wai Hoong, 36, kedua-duanya warga tempatan serta seorang rakyat Bangladesh sementara identiti seorang lagi belum dikenal pasti.

Dua lagi yang terkorban ialah wanita warga Vietnam dikenal pasti sebagai sebagai Ngu Yen Thi Trang dan Ngu Yen Thi Thuy Dhong, masing-masing berumur 19 dan 21 tahun.

Sementara itu, seorang lelaki warga tempatan yang kritikal dikenali sebagai Ng Kook Eng, 39 manakala identiti seorang lagi belum dikenal pasti dan kedua-duanya kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.49 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Katanya mayat Tai dan Lau ditemui berhampira­n laluan keluar premis tersebut pada 6.09 pagi.

“Sementara itu empat mayat ditemui di salah satu bilik karaoke premis dengan tiga daripadany­a termasuk seorang wanita di dalam bilik air manakala seorang lagi wanita di luar bilik,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sayani berkata kesemua mangsa dipercayai maut akibat sesak nafas disebabkan asap tebal yang memenuhi premis hiburan itu.

Ditanya jika bangunan lapan tingkat tersebut yang sebelumnya adalah bangunan pejabat mempunyai kelulusan pelan untuk dijadikan premis hiburan, Sayani berkata: “Pihak bomba akan membuat semakan.” -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? ANGGOTA bomba dan polis mengeluark­an mayat mangsa kebakaran yang terperangk­ap di dalam sebuah pusat hiburan pada Rabu. KEBAKARAN 3
GambarBern­ama ANGGOTA bomba dan polis mengeluark­an mayat mangsa kebakaran yang terperangk­ap di dalam sebuah pusat hiburan pada Rabu. KEBAKARAN 3

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia