Utusan Borneo (Sabah)

‘The Wandering Earth’ bukti filem China setanding Hollywood

-

FILEM blockbuste­r zaman angkasa pertama China berada pada landasan untuk menjadi filem paling laris dalam sejarah negara itu, dan disanjung sebagai bukti bahawa filem-filem tempatan yang berbajet besar sekarang dapat menandingi Hollywood berdasarka­n pertunjuka­n semata-mata.

‘The Wandering Earth’ sudah mengaut lebih 3.9 bilion yuan (RM2.3 bilion) dalam ‘box office’ domestik setakat pagi Selasa, untuk meletakkan­nya pada landasan bagi mengatasi 5.7 bilion yuan yang diperolehi juara semasa ‘Wolf Warrior 2’ pada 2017.

Berdasarka­n sebuah novel karya penulis sains fiksyen dari China, Liu Cixin, filem itu menceritak­an kisah – menerusi kaca mata protagonis China – sebuah projek untuk menjauhkan Bumi dari matahari yang nazak menggunaka­n enjin tenaga pelakuran gergasi.

Dilaporkan dibuat dengan bajet AS$50 juta (RM200 juta), filem itu menggunaka­n kebanggaan kepada program angkasa China yang semakin berkembang dan sarat dengan kesan khas yang canggih.

Pengarah Guo Fan berkata tiga suku daripada penggambar­an bagi lebih 2,000 kesan khas dicipta oleh kakitangan China.

Pengulas filem terkenal Wang Hailin memberitah­u satu seminar filem baru-baru ini bahawa ‘The Wandering Earth’ menunjukka­n bahawa “waktu bersejarah untuk menandingi Hollywood sudah tiba”.

‘The Wandering Earth’ juga sudah mengaut AS$3.8 juta (RM15.2 juta) di Amerika Utara dalam tempoh 11 hari sejak ia dikeluarka­n, tertinggi bagi sebuah filem China dalam tempoh hampir lima tahun, akaun media sosial rasmi bagi filem itu menyebut Ahad lepas.

Dengan Presiden China Xi Jinping yang mengawal ketat kesenian dan hiburan selain mengajukan tematema patriotik, manamana filem China yang menggambar­kan dunia pada masa depan memang akan menarik pemerhatia­n politik.

Namun filem itu amnya mengetepik­an politik, tanpa menyebut langsung Parti Komunis yang memerintah China.

Wira-wira China paling menonjol dalam aksi tetapi mesej filem itu pada keseluruha­nnya adalah untuk menggalakk­an kerjasama antarabang­sa.

Dalam satu adegan penting, seorang angkasawan China lakonan artis pertahanan diri dan pelakon Wu Jing – bintang dalam francais ‘Wolf Warrior’ – bekerja rapat dengan seorang angkasawan dari Rusia dalam usaha untuk menyelamat­kan dunia.

Diterbitka­n bersama oleh China Film Group Co. milik kerajaan dan Beijing Jingxi Culture and Tourism Co., ‘Wandering Earth’ juga menunjukka­n adegan – jarang sekali bagi sebuah filem China – bagi Beijing yang musnah dan mercu tanda yang hancur di Shanghai apabila apokalips berlaku.

Liu, penulis yang memenangi Anugerah Hugo bagi cerita itu, berkata dalam satu temu ramah dengan televisyen kerajaan bahawa China kekurangan sains fiksyen asli yang baik, tetapi “rasa masa depan” yang kuat di negara yang pesat memodenkan diri itu adalah petanda baik bagi genre itu.

Pengarah Guo mengakui filem sains fiksyen China masih ada perjalanan yang jauh untuk menandingi standard tinggi di Hollywood, tetapi dia menaruh harapan.

“Sains fiksyen adalah pengukur bagi sesebuah negara. Jika negara ini mahu memeluk dunia dan impian masa depan, maka perjalanan sains fiksyen China adalah lautan bintang dan mempunyai masa depan yang luas,” katanya kepada televisyen kerajaan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? REKOD BAHARU: Gambar yang diambil pada 7 Februari 2019 ini menunjukka­n orang ramai duduk di sebelah poster filem ‘The Wandering Earth’ di Yichang, China.
— Gambar AFP REKOD BAHARU: Gambar yang diambil pada 7 Februari 2019 ini menunjukka­n orang ramai duduk di sebelah poster filem ‘The Wandering Earth’ di Yichang, China.
 ?? — Gambar AFP ?? SETANDING HOLLYWOOD: Guo Fan (kiri) dan aktor Amerika Michael Stephen Kai Sui semasa satu acara promosi filem ‘The Wandering Earth’ di Qingdao, China baru-baru ini.
— Gambar AFP SETANDING HOLLYWOOD: Guo Fan (kiri) dan aktor Amerika Michael Stephen Kai Sui semasa satu acara promosi filem ‘The Wandering Earth’ di Qingdao, China baru-baru ini.
 ??  ?? GUO FAN
GUO FAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia