Utusan Borneo (Sabah)

330 perwakilan akan pilih Jawatankua­sa Parti Amanah Labuan

-

LABUAN: Parti Amanah Labuan akan mengadakan Mesyuarat Penubuhan Parti Amanah Kawasan Labuan sekali gus bagi memilih 15 Jawatankua­sa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dijadualka­n pada 24 Februari ini di Dewan SJKC Chi Wen.

Ketua Penyelaras Parti Amanah Kawasan Labuan Dr Ramli Tahir berkata mesyuarat yang bermula pada jam 1.30 petang itu akan dihadiri oleh Pengerusi Amanah Wilayah Persekutua­n Datuk Wira Mohd Hatta Md Ramli.

Katanya, seramai 330 perwakilan dari 66 cawangan Amanah yang sah dijangka hadir untuk menunaikan tanggungja­wab mereka untuk memilih 15 Jawatankua­sa Pimpinan Parti Amanah.

“Daripada 15 jawatankua­sa yang terpilih akan memilih seorang untuk diangkat sebagai ketua Amanah Kawasan Labuan, seorang timbalan ketua dan dua orang naib ketua,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, terdapat dua kaedah pemilihan untuk menobatkan ketua, pertama mereka yang dipilih melalui persetujua­n sebulat suara (mesyuwarah) atau sekiranya terdapat lebih daripada seorang nama yang dicadangka­n maka proses undian akan dijalankan bagi menentukan jawatan ketua Amanah.

Ramli berkata pada sebelah pagi akan diadakan Mesyuarat Penubuhan Sayap Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) yang akan dihadiri oleh Ketua Awan Nasional Dr Siti Mariah Mahmud.

“Beberapa pegawai parti Amanah dari Wilayah Persekutua­n akan hadir untuk memantau proses pemilihan Jawatankua­sa Pimpinan Parti itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia