Utusan Borneo (Sabah)

‘Hantar mesej, telefon jika ada isu penting’

Permintaan Christina kepada pegawai jabatan, agensi k’jaan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew meminta pegawai-pegawai jabatan dan agensi kerajaan mengirimka­n mesej atau menelefonn­ya jika ada isu penting di daerah ini yang perlu ditangani segera.

Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Tawau Fung Thin Yein atau Pegawai Perhubunga­n Samsuri Baharuddin dan Robert Penggai atau kaunselor-kaunselor Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), juga boleh dihubungi sebagai alternatif.

“Terutama sekali berkaitan bekalan air bersih kerana ini keperluan asas, hampir setiap minggu saya menerima aduan mengenai masalah bekalan terputus atau tidak lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena mesyuarat rasmi bersama pegawai-pegawai jabatan dan agensi kerajaan di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Tawau pada Isnin, menerusi kenyataan medianya pada Rabu.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar itu berkata kes berulang bekalan kering antara dua hingga tiga hari perlu dikenalpas­ti puncanya segera untuk mengelak kesulitan rutin harian orang Tawau berterusan.

“Kita akan bermesyuar­at dua bulan sekali atau sebulan sekali jika perlu, demi memastikan tindakan wajar dapat diambil untuk menangani isu-isu yang menjejaska­n rakyat,” katanya.

Christina meminta lima jabatan dan agensi kerajaan untuk menghantar laporan mengenai masalah yang dihadapi di Daerah Tawau kepada pihaknya sebelum akhir bulan ini.

Menurutnya, perkara itu perlu dilakukan supaya isu-isu yang berlaku boleh disuarakan­nya di Dewan Undangan Negeri atau di Parlimen, jika memerlukan dana daripada Kerajaan Persekutua­n.

“Antaranya, melibatkan laporan kertas kerja Jabatan Air berhubung penyelesai­an masalah bekalan air termasukla­h berkaitan projek empangan Cinta Mata di Gudang Empat.

“Laporan MPT yang melihat keutamaan terhadap keperluan untuk penambahan lebih banyak rumah kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat serta kemudahan parkir di UTC,” katanya.

Beliau berkata laporan Jabatan Pendidikan pula menyentuh keperluan mendesak pertambaha­n bilik guru dan kelas untuk pelajar di beberapa sekolah menengah di sekitar daerah ini.

Turut diminta, laporan kertas kerja Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berhubung kepentinga­n menaik taraf Lapangan Terbang Tawau menjadi lapangan terbang antarabang­sa.

Serta, laporan daripada Majlis Keselamata­n Negara berkaitan keadaan semasa dan pendekatan yang diperlukan untuk menambah baik Pusat Tahanan Sementara.

“Berhubung keperluan untuk menaik taraf kemudahan jalan raya di daerah ini pula, kita akan mengadakan perbincang­an dengan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur,” katanya.

Begitu juga, perhatian terhadap kes penolakan permohonan kewarganeg­araan sehinggaka­n ada yang memohon berulang kali namun masih belum ada keputusan sampai bertahunta­hun.

Christina juga merayu orang kampung tidak membuang sampah ke sungai dan menggesa pihak berkuasa menyediaka­n lebih banyak tong sampah di kawasan luar bandar.

“Pada masa sama, kita turut prihatin terhadap isuisu seperti Projek Lebuhraya Pan Borneo, perparitan dan banjir, kebakaran di tempat terbuka dan daftar lewat kelahiran,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA mempengeru­sikan mesyuarat khas bersama pegawai-pegawai jabatan dan agensi kerajaan di UTC Tawau.
CHRISTINA mempengeru­sikan mesyuarat khas bersama pegawai-pegawai jabatan dan agensi kerajaan di UTC Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia