Utusan Borneo (Sabah)

ITCC sambut baik cadangan naik taraf daerah Penampang sebagai perbandara­n

-

PENAMPANG: Pemaju hartanah Pusat Teknologi dan Komersil (ITCC) Penampang menyambut baik cadangan Majlis Daerah Penampang (MDPg) untuk menaik taraf daerah ini menjadi perbandara­n.

Pengurus Besar Kumpulan Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Ceasar Mandela Malakun berkata, cadangan itu yang buat oleh Pegawai Daerah Penampang Robert Stidi telah diterima baik oleh masyarakat Penampang.

“Saya sebagai sebahagian daripada masyarakat di sini akan memberikan sokongan kepada cadangan itu,” katanya. Sabanilam Enterprise adalah pemaju ITCC Penampang.

Ceasar berkata, sudah tiba masanya daerah ini dinaik taraf sebagai perbandara­n berikutan kepesatan pembanguna­n di sini sekarang.

Dalam pada itu, beliau berkata ITCC dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 24 bulan, dengan siapnya fasa pembinaan akhir hotel yang mempunyai 330 bilik.

“Baru-baru ini, kita telah menyiapkan pembinaan kediaman ‘Manhattan Suites’ dan lot pejabat di ITCC Penampang,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Chap Goh Mei ITCC Penampang, bertempat di grand ballroom pusat beli-belah berkenaan pada Selasa.

Katanya, Manhattan Suites kini memohon sijil menduduki yang akan siap dalam beberapa bulan akan datang.

Menurut Ceasar, ITCC telah siap sepemuhnya pada tahun 2017 dan kini menempatka­n Pasaraya Bataras, sebuah pusat permainan, sebuah medan makanan serta premis DIY dan sebagainya.

Katanya, pengunjung juga boleh menikmati kemudahan makan seperti Domino, Resipi Rahsia dan Sushi King, antara lain.

“ITCC juga mempunyai ballroom terbesar di Sabah pada masa ini, yang boleh menempatka­n 200 meja. Ballroom ini boleh ditempah untuk majlis persidanga­n, konvensyen dan sebagainya. Selain itu, pusat pameran yang berkeluasa­n 30,000 kaki persegi,” katanya.

 ??  ?? CEASAR
CEASAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia