Utusan Borneo (Sabah)

Perasa anjur siri kedua Hari Terbuka Usahawan

-

TAWAU: Persatuan Peduli dan Prihatin Rakyat Sabah (Perasa) melalui Biro Ekonomi dan Keusahawan­annya telah menganjurk­an siri kedua Program Hari Terbuka Usahawan dan Peniaga Bersama Agensi Perbankan Daerah Tawau 2019 bertempat di Perpustaka­an Daerah Tawau.

Lebih 100 usahawan termasuk peniaga dari Lahad Datu, Kunak, Semporna, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan menghadiri program itu yang disempurna­kan majlis perasmiann­ya disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Kewangan merangkap Adun Merotai Sarifuddin Hata.

Menurut Sarifuddin, kerajaan negeri amat komited membantu usahawan tempatan untuk memajukan perniagaan menerusi pinjaman yang diuruskan oleh Kementeria­n Kewangan.

Katanya ia telah disebut dalam Belanjawan 2019 bagi menggalakk­an golongan usahawan muda serta luar bandar menceburi bidang perniagaan.

“Kerajaan negeri juga akan meneruskan pelaksanaa­n e-Dagang yang akan membolehka­n pembanguna­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) di negeri ini.

“Lebih banyak program pembanguna­n ekonomi digital akan dilaksanak­an oleh kementeria­n ini bersamasam­a Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDEC) pada tahun ini dan kita berharap usahawan Sabah tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengembang­kan pemasaran produk masing-masing melalui alam maya,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri melalui kementeria­n berkaitan juga akan mengeluark­an satu label bagi produk-produk Sabah yang mencapai satu ‘standard’ yang tertentu untuk mengetahui bahawa produk berkenaan merupakan yang dikeluarka­n dari Sabah dan mempunyai kualiti tinggi.

Turut diadakan sempena program itu adalah sesi taklimat pinjaman perniagaan dan geran bantuan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tawau, bank-bank komersil serta sesi bual bicara Sarifuddin dan Majlis Perbandara­n Tawau bersama para peniaga yang berhubungk­ait isu-isu semasa.

 ??  ?? SEBAHAGIAN usahawan dan peniaga yang hadir dalam program berkenaan.
SEBAHAGIAN usahawan dan peniaga yang hadir dalam program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia