Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Air diminta kaji semula peraturan baru

Jejas peluang pemilik lesen, tukang paip di negeri ini

- Oleh ABDUL NADDIN HJ. SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah diminta mengkaji semula peraturan baru dan syarat dikenakan bagi pembaharua­n lesen paip dan tukang paip sesalur yang disifatkan sebagai tidak munasabah dan menjejaska­n peluang kira-kira 2,023 pemilik lesen dan tukang paip di negeri ini.

Pengerusi Penaja Gabungan Kontraktor Tukang Paip Negeri Sabah, Dato Joseph Lo Su Thau, berkata peraturan baharu dan syarat dikenakan untuk pembaharua­n lesen itu membebanka­n dan tidak munasabah.

Katanya, pemilik lesen tukang paip yang sudah memiliki lesen dan menjalanka­n kerja sejak berpuluh tahan dipaksa mengikuti ujian peperiksaa­n dan disyaratka­n memiliki kelayakan akademik dan dikenakan syarat had umur dan sebagainya.

“Adalah tidak patut seseorang yang sudah berkecimpu­ng puluhan tahun

Daud (dua kiri) dan Joseph bersama ahli-ahi persatuan bergambar selepas memberi kenyataan kepada media.

“Adalah tidak patut seseorang yang sudah berkecimpu­ng puluhan tahun dalam bidang ini digantung atau dibekukan lesen mereka dan disyaratka­n untuk lulus ujian ” untuk pembaharua­n lesen. DATO JOSEPH LO SU THAU Pengerusi Penaja Gabungan Kontraktor Tukang Paip Negeri Sabah

dalam bidang ini digantung atau dibekukan lesen mereka dan disyaratka­n untuk lulus ujian untuk pembaharua­n lesen,” katanya.

Joseph berkata, perubahan yang mendadak ini dianggap tidak sesuai buat masa ini memandangk­an kerja-kerja perpaipan ini dikategori­kan sebagai kerja-kerja teknikal dan bukannya teori.

Katanya, syarat yang dikenakan itu juga tidak munasabah untuk dikenakan kepada pemilik lesen yang sudah lama menceburi bidang itu seperti memiliki SPM, Sijil Kemahiran Malaysia dan sebagainya.

Joseph berkata, pihaknya meminta agar perkara itu diteliti dan dikaji semula dan pihak persatuan bersedia membawa perkara itu ke pengetahua­n Ketua Menteri dan jika tidak ada jalan lain sedia membawa kes itu ke mahkamah untuk mendapatka­n keadilan.

Sementara itu, Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Cawangan Negeri Sabah melahirkan rasa kecewa atas peraturan baru yang diperkenal­kan oleh Jabatan Air pada awal tahun ini.

Yang Dipertua PERKOBF Cawangan Negeri Sabah, AgDaud Haji Awang Anak berkata peraturan baru ini didapati menjejaska­n pendapatan ahli Perkobf cawangan Negeri Sabah.

“Jika perkara ini belarutan dikhuatiri ramai kontraktor bumiputera gulung tikar,” katanya.

Menurutnya, PERKOBF Cawangan Negeri Sabah mengesyork­an agar pihak Jabatan Air Negeri Sabah meluluskan permohonan pembaharua­n lesen paip dan tukang pasang sesalur bagi ahli Perkobf Negeri Sabah dan kepada pemilik lesen sedia ada sebelum ini.

Untuk makluman, di kalangan ahli-ahli Perkobf Cawangan Negeri Sabah memiliki Lesen Paip dan Lesen Tukang Pasang Sesalur yang dikeluarka­n Jabatan Air Negeri Sabah semenjak 1981

Melalui peraturan baru itu mengakibat­kan ramai ahli Perkobf cawangan Negeri Sabah gagal untuk meyambung dan memperbaha­rui pendaftara­n Kod Bidang CE20 CIDB dan Kod Bidang 6-6A Pukonsa

Jabatan juga disaran meluluskan lesen dengan bersyarat hanya untuk tujuan CIDB dan Pukonsa sahaja, katanya.

Perkobf berharap pihakJabat­an Air dapat mempertimb­angkan permohonan ini.

 ??  ?? AWANG
AWANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia