Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas maut dalam kemalangan di Batu 8 Jalan Apas

-

TAWAU: Seorang penungang motosikal warga emas meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 8 Jalan Apas di sini, kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata mangsa, Abd Rahman Yupang, 65, dari Kg Tg Batu Laut Tawau, disahkan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa dilaporkan tercampak sejauh kirakira 10 meter dari lokasi motosikaln­ya bertembung dengan sebuah kereta yang berhampira­n dengan pusingan U,” katanya.

Katanya kereta yang bertembung dengan motosikal mangsa juga dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun.

Menurutnya, siasatan awal menunjukka­n pemandu kereta dalam perjalanan dari arah SK Kinabutan untuk balik ke rumahnya di Kg Tg Batu Laut.

“Motosikal yang ditunggang oleh mangsa pula datang dari arah Batu 15 Jalan Apas dan menghala ke arah Pasar Besar untuk mengambil isterinya,” katanya.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila pemandu kereta terlibat dipercayai memasuki pusingan U dengan cuai tanpa memastikan keadaan lalulintas selamat.

Tindakan pemandu kereta disyaki mengakibat­kan mangsa yang menunggang motosikal di jalan lurus tidak dapat mengelak dan terlanggar kereta berkenaan.

“Mangsa dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Tawau untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 pagi oleh doktor,” katanya.

Begitupun, siasatan kes masih lagi diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 menerusi Pegawai Penyiasat Insp Norhafizah Hussin.- Oleh Amir Anuar

 ??  ?? MOTOSIKAL yang dinaiki mangsa sebelum tercampak kira-kira meter dari lokasi kejadian.
MOTOSIKAL yang dinaiki mangsa sebelum tercampak kira-kira meter dari lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia