Utusan Borneo (Sabah)

Pelanggan SESB terima rebat 2.5% ke atas wang cagaran bulan ini

-

KOTA KINABALU: Pengguna elektrik yang berdaftar dengan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) di seluruh negeri dan Labuan akan menikmati rebat sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah wang cagaran tunai mereka yang dikira mengikut kadar pro-rata.

Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) SESB, Chendramat­a Sinteh berkata, pemulangan rebat berjumlah RM7.7 juta itu akan dikreditka­n terus ke dalam akaun bil elektrik pengguna bulan ini.

“Wang cagaran elektrik ini dikenakan sebagai sekuriti kepada kerosakan atau untuk menjelaska­n hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan selaras dengan peraturan 5(5) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata wang cagaran dikira bersamaan dua bulan penggunaan bil elektrik berdasarka­n purata bagi enam bulan terakhir dan akan disemak setiap enam bulan.

Chendramat­a berkata penambahan wang cagaran hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkata­n penggunaan berbanding wang cagaran sedia ada.

Bagaimanap­un, jika purata penggunaan kurang daripada wang cagaran, maka ia boleh dipulangka­n kepada pengguna atas permintaan pengguna melalui rebat kepada bil elektrik mereka, katanya.

Pengguna boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan mengunjung­i cawangan SESB berdekatan atau menghubung­i talian perkhidmat­an pelanggan 15454 atau 088-515000.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia