Utusan Borneo (Sabah)

Perdaya dapatkan sumbangan modal

Lelaki mengaku tidak salah, pengurusan kes 11 Mac

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menipu seorang lelaki berhubung dengan sumbangan modal untuk memulakan perniagaan restoran.

Fairul Pat Lingham, 44, didakwa memperdaya­kan Thomas Michael Brennan, 62, untuk memberikan modal membuka sebuah restoran di pasar raya Megalong, Donggongon, yang diketahuin­ya tidak wujud.

Akibat percaya mangsa menyerahka­n wang sebanyak RM451,390 melalui pindaan wang, ke dalam dua akaun berasingan milik isteri tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan pertengaha­n Disember 2013 jam 6 petang di Kampung Laut Kinarut, Jalan Papar Baru.

Bagaimanap­un Fairul Pat mengaku tidak bersalah dan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan pengurusan kes pada 11 Mac terhadap tertuduh.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin menawarkan tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM20,000 untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Namun peguam Azhier Farhan Arisin berkata anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan perlu menanggung dua anak.

Menurutnya salah seorang anak tertuduh seorang kelainan upaya (OKU) dan beliau juga mengemukak­an kad OKU kepada mahkamah.

Tambahnya tertuduh mempunyai masalah kewangan dan jumlah jaminan yang tinggi menyukarka­n tertuduh mendapatka­n khidmat guaman.

Untuk itu, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 dicagarkan dua penjamin tempatan, selain perlu melaporkan diri di balai polis terdekat mengikut masa yang ditetapkan.

“Akibat percaya mangsa menyerahka­n wang sebanyak RM451,390 melalui pindaan wang, ke dalam dua akaun berasingan milik isteri tertuduh. Kesalahan itu dilakukan pertengaha­n Disember 2013 jam 6 petang di Kampung Laut Kinarut, Jalan Papar Baru.

 ??  ?? FAIRUL ketika di luar mahkamah selepas prosiding.
FAIRUL ketika di luar mahkamah selepas prosiding.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia